fbpx
Now Reading
KPN Dedah Rakyat Malaysia Jadi Askar Di Ukraine Kerana Tertarik Dengan Gaji Lumayan RM11,807

KPN Dedah Rakyat Malaysia Jadi Askar Di Ukraine Kerana Tertarik Dengan Gaji Lumayan RM11,807

Menurut KPN, Tan Sri Razarudin minat dalam ketenteraan telah mendorong lelaki berkenaan untuk menyertai peperangan di Ukraine selain ditawarkan gaji menarik sehingga RM11,807 sebulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu hantaran di X memaparkan gambar kad pengenalan serta lesen memandu milik seorang individu lelaki yang merupakan rakyat Malaysia dijumpai di sebuah kubu Ukraine.

Polis kemudian telah bertindak menyiasat kes tersebut dan mengesahkan lelaki berkenaan berkhidmat sebagai tentera upahan asing (merceneries) untuk negera terbabit.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Polis Sedang Siasat Penemuan MyKad & Lesen Memandu Rakyat Malaysia Di Sebuah Kubu Ukraine

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Penemuan MyKad & Lesen Di Kubu Ukraine, Polis Sahkan Warga Malaysia Jadi Tentera Upahan

Hasil risikan mohon dalam talian untuk sertai tentera, gaji ditawarkan lumayan

Terbaharu Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan lelaki yang berasal dari negeri Kedah itu telah mengalami kecederaan di bahagian buku lali ekoran terkena serpihan dron tentera Rusia pada Oktober lalu.

Dia yang dikenali sebagai Bing Han berusia 20 tahun berjaya melarikan diri sewaktu serangan dron terbabit namun kad pengenalan serta lesen memandu tercicir dan hanya passport yang ada bersamanya.

“Hasil risikan yang dijalankan juga mendapati lelaki tersebut memohon secara dalam talian untuk menyertai tentera Ukraine dan berperang dengan tentera Rusia.

“Minat dalam ketenteraan mendorong lelaki tersebut menyertai peperangan di Ukraine selain tawaran gaji menarik antara AS$400 hingga AS$2,700 (RM11,807) sebulan mengikut tahap bahaya di medan perang,” jelasnya, dipetik Kosmo.

Tertekan dengan keluarga, sertai perang Ukraine-Rusia April lalu

Selain itu, tekanan yang diterima dari pihak keluarga juga dipercayai menjadi punca pemuda berkenaan menjauh diri sehingga membawa diri mencari pekerjaan di negara luar.

Razarudin turut memaklumkan lelaki itu telah menamatkan pelajarannya di peringkat A level di sebuah kolej di Petaling Jaya. Dia kemudian meneruskan pengajian di peringkat ijazah di Subang Jaya sebelum berhenti pada awal tahun ini.

Lelaki itu lalu berlepas ke United Kingdom pada Mac untuk mencari pekerjaan.

“Pada Mac lepas dia berlepas ke United Kingdom untuk mencari kerja sebelum menyertai perang Ukraine-Rusia sejak April lalu.

“Kita kesan dia tidak memiliki sebarang akaun media sosial seperti Facebook dan Instagram kerana tidak berminat dengan aktiviti sosial.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.