MP Langkawi Cadang Kerajaan Jadikan Hotel GISBH Sebagai Muzium Ajaran Sesat
Mohd Shuhaimi meminta cadangan tersebut diteliti oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pendedahan yang melibatkan kegiatan organisasi atau syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sejak dua bulan lalu sememangnya menjadi perhatian dan mengejutkan ramai pihak termasuklah pemimpin tertinggi.
Tidak hanya itu, ada beberapa negeri yang turut mengisytiharkan ajaran dan amalan yang diamalkan oleh organisasi ini sebagai sesat antaranya seperti Perlis dan Pahang.
Susulan daripada penemuan yang mengejutkan ini, segala operasi dan premis yang membabitkan organisasi berkenaan kini terhenti hingga ada yang dilihat terbiar begitu sahaja.
Baca Artikel Berkaitan: Isu GISBH: Sultan Selangor Titah Percepat Proses Tindakan Lanjut
Baca Artikel Berkaitan: Kalau Isu GISBH Nak Kena Kompromi, Tiada Makna Saya Jadi Perdana Menteri – Anwar Ibrahim
Cadang Hotel GISBH Dijadikan Muzium, Rujukan Untuk Orang Ramai
Terbaharu, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi mencadangkan agar kerajaan mengambil alih hotel milik GISBH yang terletak di Langkawi Kedah untuk dijadikan sebagai muzium ajaran sesat.
Jelasnya, inisiatif ini membolehkan orang ramai dapat menjadikan muzium tersebut sebagai pusat rujukan kepada pelbagai ajaran sesat di dunia.
“Saya cadangkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar untuk melihat kepada hotel ini (milik GISBH yang ditinggalkan).
“Sebab saya ada masuk dalam banyak search (carian) untuk cari muzium ajaran sesat (tapi) tidak ada, yang keluar (hanya) muzim Drakula di Romania, di England dan lain-lain.
“Jadi, apa yang berlaku baru-baru ini (isu ajaran sesat) kita tidak ada rujukan. Sedangkan dalam dunia ini banyak kes ajaran sesat tanpa mengira agama apa pun,” katanya.
Mohd Shuhaimi berkata demikian ketika Perbahasan Peringkat Dasar Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat semalam (5 November).
Mahu Menteri Agama Teliti Cadangan
Malah, Mohd Shuhaimi turut meminta agar Dr Mohd Naim meneliti cadangan berkenaan.
“Ambil alih dan ubah ia menjadi muzium untuk ajaran yang menyeleweng.
“Ini bukan sahaja menjadi rujukan kepada orang luar tetapi, yang lebih penting, menyediakan kandungan pendidikan yang berharga untuk anak-anak kita,” katanya lagi.
Untuk info, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH termasuk isteri, Datin Azura Md Yusof, anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari serta 19 pemimpin tertinggi organisasi tersebut didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak tahun 2020.
Berdasarkan pertuduhan yang dibaca secara berasingan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) di Jalan Desa Bandar Country Homes, Rawang bermula Oktober 2020 hingga 11 September yang lalu.
Baca Artikel Berkaitan: “Ahli GISBH Yakin Selamat Di Alam Kubur, Akan Dibantu Syafaat Abuya” – Menteri Agama
Baca Artikel Berkaitan: Produk Roti GISBH Dengan Logo Halal Gambar Lama, JAKIM Sahkan Ia Tidak Lagi Digunakan
Baca Artikel Berkaitan: Serbuan Rumah Amal GISBH: PDRM Tegaskan Perbincangan Dengan Suspek Jenayah Bukan SOP Siasatan