fbpx
Now Reading
7 Tahun Menanti Cahaya Mata, Lelaki Hanya Sempat Merasa Jadi Bapa Selama 8 Bulan Sebelum Maut Kemalangan

7 Tahun Menanti Cahaya Mata, Lelaki Hanya Sempat Merasa Jadi Bapa Selama 8 Bulan Sebelum Maut Kemalangan

Menurut kakak ipar Muhammad Isma Azwa Md Salleh iaitu Nurshahirah Nadiah Mohammad Azan, mangsa maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja berhampiran Changi Beach Park, Singapura pada Selasa (5 November) lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan suami isteri sudah pastinya mengimpikan zuriat sebagai penyeri rumah tangga.

Namun, tidak semua yang bernasib baik dikurniakan rezeki cahaya mata dalam tempoh masa terdekat.

Ada yang terpaksa menunggu selama bertahun-tahun dan mencuba pelbagai usaha sebelum berjaya memperolehi zuriat.

Ada juga hanya sempat merasa gelaran sebagai ibu atau bapa dalam tempoh yang singkat sebelum didatangi dengan ujian.

Lelaki Meninggal Dunia, Hanya Sempat Rasa Jadi Bapa Selama 8 Bulan

Itulah yang dihadapi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Isma Azwa Md Salleh apabila kegembiraannya menjadi seorang bapa selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga hanya bersifat sementara kerana meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Kakak ipar kepada arwah, Nurshahirah Nadiah Mohammad Azan mendedahkan insiden berkenaan berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya berhampiran Changi Beach Park, Singapura pada Selasa (5 November) kira-kira jam 8 pagi.

“Kemalangan itu berlaku ketika arwah berada di jalan lurus dan dilanggar kereta yang mahu membelok. Kesan daripada perlanggaran itu, pihak hospital mengesahkan dia meninggal dunia akibat pendarahan dalaman.

“Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik tetapi malam sebelum kejadian, dia meninggalkan pesanan kepada isteri, Norshahirah Nabihah Mohammad Azan, 33, bahawa dia ada senaraikan beberapa perkara berkaitan nazar dan maklumat penting dalam nota telefon bimbitnya.

“Namun, ketika kejadian telefon bimbit arwah hilang dan kami gagal mengesan dimana kedudukannya.

“Kami sangat perlukan semula untuk selesaikan semua urusan arwah dan keluarga,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Dah Lakukan Pencarian Namun Gagal Temui Telefon Bimbit Milik Mangsa

Tambah Nurshahirah Nadiah, ahli keluarga dan rakan mangsa telahpun menjalankan usaha pencarian bagi menjejaki telefon bimbit berkenaan di lokasi kejadian dan kawasan berdekatan.

Namun, telefon bimbit itu gagal ditemui. Malah, pihak keluarga turut menawarkan ganjaran wang tunai buat individu yang sengaja atau tidak sengaja mengambil telefon bimbit berkenaan.

“Saya mohon pulangkan balik sebab itu saja kenangan yang kami ada. Kami tak marah siapa yang terambil dan boleh pulangkan semula dengan menghubungi saya (013-969 6212) atau balu arwah (019-7665773).

“Kami boleh bagi ganjaran wang tunai kalau orang itu perlukan duit. Kasihanilah keluarganya, arwah pula meninggalkan isteri dan putera sulung mereka Yusuf Muhammad Isma Azwa yang berusia baru lapan bulan.

“Sehingga kini, isterinya masih perlu berulang alik ke hospital untuk rawatan susulan akibat komplikasi ketika bersalin kerana ‘cathether’ sepanjang 9 sentimeter tertinggal di ruang tulang belakang ketika pembedahan,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Baru Sehari Berkahwin, Pengantin Lelaki Maut Terlibat Kemalangan

Baca Artikel Berkaitan: Hilux Terbabas & Terlanggar Pokok, Lelaki Maut 2 Hari Sebelum Pertunangan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.