Menteri Tidak Terlibat, Pemilihan U Mobile Sebagai Pengendali 5G Kedua Secara Tender – Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil menegaskan SKMM telah melaksanakan penilaian terlebih dahulu melalui proses tender sebelum membuat keputusan untuk memilih U Mobile sebagai rangkaian 5G kedua di Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia rangkaian 5G kedua di Malaysia baru sahaja diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerusi kenyataan dimuat naik di media sosial.
Jelas SKMM, syarikat berkenaan dipilih berdasarkan beberapa faktor seperti berikut:
- Rancangan perniagaan dan teknikal yang dikemukakan.
- Rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan.
- Prestasi dalam melaksanakan inisiatif infrastruktur lain.
Dalam kenyataan sama, SKMM menjelaskan bahawa U Mobile dibenarkan untuk bekerjasama dengan rakan ekosistem yang lain tertakluk kepada kelulusan SKMM.
Walau bagaimanapun, Digital Nasional Berhad (DNB) masih akan mengekalkan peranannya seperti biasa sebagai sebahagian daripada dwi rangkaian 5G.
KENYATAAN MEDIA
— MCMC (@MCMC_RASMI) November 6, 2024
PEMILIHAN U MOBILE SDN BHD SEBAGAI PENYEDIA RANGKAIAN 5G KEDUA#MCMC pic.twitter.com/XEwPB08wJw
Wujud Dakwaan Masyarakat Kurang Senang Dengan Pemilihan U Mobile
Namun pemilihan U Mobile sebagai rangkaian 5G kedua ini menimbulkan rasa kurang senang segelintir masyarakat.
Memetik laporan Free Malaysia Today, tokoh veteran industri internet, Dr Mohamed Awang Lah berpendapat bahawa maklumat mengenai keputusan memilih U Mobile itu masih samar dan berharap maklumat lebih terperinci dapat disiarkan.
Mohamed yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas penyedia internet pertama Malaysia, Jaring turut mempersoalkan maksud sebenar di sebalik ayat dalam kenyataan SKMM yang memberitahu bahawa U Mobile ‘dibolehkan’ untuk bekerjasama dengan pengendali rangkaian lain.
Malah pengguna media sosial turut memberikan pelbagai reaksi selepas mengetahui syarikat telekomunikasi berkenaan dipilih sebagai rangkaian yang menawarkan 5G di Malaysia.
Boss, can you also direct an internal audit why UMobile was selected for the 2nd 5G network? https://t.co/I6nvx267dR
— henry #Unity 🇲🇾👨🏻💻📱⌚️ 🏴 (@hewyk) November 2, 2024
Umobile got 5G projek… Wow what happen to celcomdigi, maxis n TM
— Ronin68🇵🇸 (@zafre8) November 5, 2024
Susah nak comment pasal umobile. Cronysim or not, their plans are cheap and so far their 5G line are reliable and stable compare to the others. Based on my personal experience after few months 😂
— DLVNO (@ElvinEnnosi) November 5, 2024
Tahukah anda, siapa di belakang UMobile?
— pud 🇲🇾 (@pudseposen) November 6, 2024
Share terbesar dengan 49% dari Straits Mobile Investments Pte Ltd Singapore. Tapi yang jadi buatkan aku terkejut, Magnum Berhad pun ada share.
SKMM kena jawab kenapa boleh bagi pada UMobile konsesi kedua 5G. Kenapa tak Maxis?
Malah, bekas ahli Parlimen DAP Ong Kian Ming menerusi ciapan dimuat naik di laman (@imokman) turut dilihat tidak berpuas hati dengan kenyataan dari pihak SKMM itu.
Kalau PH masih jadi pembangkang, kemungkinan besar penjelasan sebegini tidak akan disambut baik oleh ahli2 parlimen @pakatanharapan_ https://t.co/CCKIXy5kLi
— Ong Kian Ming 🇲🇾 (@imokman) November 7, 2024
Fahmi Fadzil Minta Masyarakat Hormati Pihak SKMM Pilih U Mobile
Terbaharu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil tampil menjawab persoalan yang diajukan dan mendedahkan bahawa dirinya tidak terlibat dalam pemilihan U Mobile sebagai rangkaian 5G di Malaysia
Namun bagi menjernihkan keadaan, Fahmi meminta agar semua pihak menghormati keputusan SKMM melantik syarikat telekomunikasi tersebut.
Memetik laporan Astro Awani, beliau menjelaskan bahawa SKMM telah melaksanakan penilaian terlebih dahulu melalui proses tender sebelum membuat keputusan itu.
Tegasnya, ia dibuat berdasarkan tata kelola yang baik dan bukannya secara penganugerahan terus.
Beliau yang turut menjawab persoalan dari Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) di Dewan Rakyat hari ini (7 November) memberitahu bahawa pelantikan U Mobile itu bukanlah penganugerahan lesen, sebaliknya hanya peruntukan spektrum.
“Saya nak jelaskan bahawa apa yang telah diumumkan oleh MCMC, bukan memberikan lesen tapi peruntukan spektrum.
“Dan ia bukan kontrak, tidak melibatkan dana awam, tidak melibatkan dana kerajaan, bagi rangkaian 5G kedua,” katanya.
Sebagai info, DNB sebelum ini telah diberi mandat untuk melaksanakan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh Malaysia.
Setakat April 2024, DNB telah berjaya membangunkan rangkaian 5G di 59.5% kawasan berpenduduk di Malaysia.