fbpx
Now Reading
Wanita & Bapa Maut Ditikam Di Pulau Pinang, Keluarga Dedah Suspek Bukan Kekasih Mangsa

Wanita & Bapa Maut Ditikam Di Pulau Pinang, Keluarga Dedah Suspek Bukan Kekasih Mangsa

Menurut salah seorang ahli keluarga, mangsa wanita telahpun mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak yang berusia di antara 18 bulan hingga 10 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (7 November), media melaporkan kejadian tragis seorang wanita berusia 30 tahun dan bapanya, 62 tahun yang maut akibat ditikam oleh seorang lelaki.

Dalam kejadian yang berlaku di hadapan lif sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana Bandar Baru Farlim, Ayer Itam, Pulau Pinang kira-kira jam 12.45 tengahari semalam, kedua-dua mangsa cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun turut ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Susulan daripada insiden ini, tular di media sosial dakwaan bahawa suspek merupakan kekasih mangsa dan cinta tidak berbalas.

Keluarga Nafi Suspek Adalah Kekasih Mangsa Wanita

Terbaharu, keluarga dua beranak yang maut itu memohon agar orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai punca kejadian tersebut.

Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, suspek lelaki bukanlah kekasih mangsa seperti yang hangat diperkatakan di media sosial.

“Suspek bukan kekasih kepada mangsa, harap orang ramai tidak buat spekulasi yang mengaibkan arwah dan keluarganya.

“Tolong jangan buat spekulasi sehingga mengaibkan arwah serta keluarganya,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Mangsa Wanita Dah Berumah Tangga & Mempunyai 3 Orang Anak

Jelasnya lagi, mangsa wanita telahpun mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak yang berusia di antara 18 bulan hingga 10 tahun.

“Keluarga mangsa masih terkejut kerana kejadian berlaku sangat pantas. Mereka tidak bersedia untuk komen kerana trauma, mereka kehilangan dua orang tersayang dalam masa sama,” ujarnya lagi.

Polis Terima Maklumat Ada Individu Dalam Keadaan Mencurigakan

Dalam pada itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad dalam satu kenyataan pada Khamis (7 November) menjelaskan, pihaknya telah menerima maklumat daripada orang awam mengenai seorang individu yang membawa pisau dan berada dalam keadaan mencurigakan di pangsapuri tersebut.

“Selepas menerima maklumat, anggota polis ke lokasi iaitu di hadapan lobi lif pangsapuri tersebut dan menjumpai tiga orang warga tempatan terbaring dalam keadaan berdarah di atas lantai.

“Mangsa adalah dua beranak iaitu anak perempuan dan bapanya telah disahkan meninggal dunia.

“Sementara seorang lelaki berusia 32 tahun dipercayai suspek juga terbaring dalam keadaan berlumuran darah berdekatan dua beranak berkenaan,” katanya.

Kes Disiasat Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Tambah Hamzah, suspek mengalami kecederaan selepas dia bertindak mengelar dan menikam dirinya sendiri.

“Suspek telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Dengan tertangkapnya suspek dan rampasan senjata yang digunakan (untuk membunuh kedua-dua mangsa), maka kes ini telah berjaya diselesaikan,” tambahnya.

Jelasnya lagi, polis sedang menyiasat motif suspek dari pelbagai sudut. Malah, Hamzah turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan secara jelas untuk tampil membantu siasatan.

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗗𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦 𝗕𝗨𝗡𝗨𝗛 𝗠𝗘𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗕𝗔𝗣𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗙𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠, 𝗔𝗬𝗘𝗥 𝗜𝗧𝗔𝗠, 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

Posted by PDRM Pulau Pinang on Thursday 7 November 2024

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Lelaki Amuk Guna Parang Gara-Gara Cinta Tidak Direstui Keluarga

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Kecewa Cinta Ditolak Isteri Orang, Penganggur Mengamuk & Bakar Kedai Telefon [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.