fbpx
Now Reading
Negara Yang Enggan Terima Resolusi PBB Harus Disingkir – Anwar Ibrahim

Negara Yang Enggan Terima Resolusi PBB Harus Disingkir – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri mengambil pendirian yang sangat tegas dalam hal ini untuk membantah kekejaman Israel dengan serius.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemelut yang berlaku di Palestin masih belum berakhir sehingga ke hari ini apabila tentera Israel dilihat terus menyerang Gaza dan negara-negara lain seperti Lubnan dan Iran.

Keadaan ini sekaligus menimbulkan rasa kurang senang dari pemimpin seluruh dunia kerana bimbang jika situasi ini semakin parah.

Kerajaan Malaysia kemudiannya pada awal November lalu dilaporkan telah terlibat dalam menyediakan satu draf resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengesyorkan Israel disingkirkan dari menjadi anggota PBB.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Terlibat Dalam Draf Resolusi Untuk Singkirkan Israel Sebagai Anggota PBB – PM


Anwar Ibrahim Cadang Singkirkan Negara Yang Tak Sokong Resolusi PBB ‘Buang’ Israel Dari PBB

Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar negara yang tidak mengiktiraf resolusi PBB perlu disingkingkan dari pertubuhan dunia itu.

Memetik Sinar Harian, Anwar tidak merujuk kepada mana-mana negara namun ia dikatakan melibatkan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

“Kita telah mengambil pendirian yang sangat tegas dalam hal ini, untuk membantah dengan serius.

“Sebenarnya, saya telah mengemukakan idea bahawa apabila sesebuah negara menolak untuk mengiktiraf peraturan atau resolusi Majlis Keselamatan PBB, satu-satunya pilihan adalah untuk menyingkirkan mereka dari PBB,” ujar Anwar.

Sumber MalayMail

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa terdapat pandangan yang perlu dipertimbangkan.

Anwar berkata demikian ketika sidang media bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Kaherah, Mesir.

“Ada pandangan yang perlu dipertimbangkan, tetapi saya faham betapa kompleksnya situasi ini kerana seperti yang Presiden (El-Sisi) katakan, keutamaan beliau adalah untuk menghentikan permusuhan,” katanya.


Draf Resolusi PBB Untuk Singkirkan Israel

Antara intipati dalam draf berkenaan adalah dengan mengesyorkan Israel disingkirkan dari menjadi anggota PBB jika berlaku perlanggaran undang-undang, hukum dan keputusan melibatkan Palestin.

Sekiranya resolusi ini diluluskan, ia bakal berfungsi sebagai landasan perundangan untuk membolehkan United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) berkhidmat semula di Palestin.

Ini kerana UNRWA pada hujung Oktober lalu telah disekat oleh Israel untuk memasuki Palestin bagi tujuan khidmat asas melibatkan pendidikan, perawatan kesihatan dan bantuan kemanusiaan.

Kira-kira 5.9 juta rakyat Palestin kini telah mendaftar di bawah UNRWA bagi membolehkan mereka mendapatkan akses seperti:

  • Penjagaan kesihatan
  • Perkhidmatan sosial
  • Kewangan mikro
  • Bantuan kecemasan
  • Pendidikan

Baca Artikel Berkaitan: Video Ceddy Tentang Palestin Dapat Liputan Al Jazeera, Ramai Rakyat Malaysia Tumpang Bangga

Baca Artikel Berkaitan: “You’re In The Right Country” – Mat Saleh Puji Malaysia Bebas Tunjuk Sokongan Terhadap Palestin [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.