fbpx
Now Reading
Nenek Tawar Khidmat Seks Di Bukit Bintang Diberkas Polis

Nenek Tawar Khidmat Seks Di Bukit Bintang Diberkas Polis

Menurut KPD Dang Wangi, kesemua suspek yang disyaki menawarkan khidmat seks itu tiada dokumen pengenalan diri dan dipercayai masuk ke negara ini sebagai pelancong.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Sabtu malam lalu (9 November), pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan satu operasi membanteras kegiatan pelacuran, Ops Noda di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dalam operasi yang bermula kira-kira jam 11.30 malam itu, pihak polis berjaya menahan sebanyak empat individu warga asing dipercayai menawarkan khidmat seks.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kesemua individu terbabit disyaki masuk ke negara ini sebagai pelancong serta menjalankan kegiatan pelacuran jalanan di sekitar Bukit Bintang.

Wanita bergelar nenek antara yang ditahan didakwa tawar khidmat seks

Menurutnya, seorang wanita bergelar nenek juga antara empat individu diberkas oleh pihaknya dalam operasi itu.

“Serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu menahan empat wanita terdiri daripada warga Iran, Uzbekistan dan Thailand berumur antara 35 hingga 50 tahun.

“Turut dirampas ketika serbuan adalah lapan keping kondom, wang tunai berjumlah RM3,720, wang tunai AS$150, empat telefon bimbit, paket tisu basah, gel pelincir dan anak kunci,” katanya pada Ahad.

Foto: KL Strike Force

Tawar khidmat seks bermula RM100

Menurutnya lagi, siasatan mendapati tawaran khidmat pelacuran itu bermula dengan harga sekitar RM100.

“Siasatan mendapati suspek akan menawarkan harga bagi khidmat seks yang diberikan sebelum pelanggan dibawa ke bilik penginapan yang disewa suspek di bilik hotel bajet sekitar Bukit Bintang.

“Kesemua suspek ini dipercayai bergerak secara ‘freelance’ tanpa dikawal oleh mana-mana penjaga,” katanya dipetik Sinar Harian.

Kesemua suspek tiada dokumen pengenalan diri

Ujar Sulizmie, semakan turut mendapati kesemua suspek tiada dokumen pengenalan diri dan disyaki masuk ke negara ini sebagai pelancong.

“Kegiatan pelacuran dipercayai dijalankan suspek ini bermula dari jam 5 petang hingga 3 pagi.

“Suspek dipercayai memberi khidmat seks kepada dua hingga tiga orang dalam satu masa selain menyasarkan pelanggan yang terdiri daripada warga asing,” katanya.

Berkongsi lanjut, beliau berkata kesemua mereka dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.