‘No Pork No Alchohol’ Tidak Bermakna Ianya Halal – Menteri Agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata istilah ‘No Pork, No Alcohol’ sering digunakan oleh peniaga yang tidak memiliki sijil Halal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebagai umat Islam, mengambil makanan dan minuman dari sumber yang halal adalah satu kewajipan.
Tetapi beruntungnya individu Muslim di Malaysia ini kerana terdapat pengurusan halal berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Namun begitu, segelintir premis tidak bercadang untuk mengambil sijil halal dan hanya mendakwa premis mereka tidak menggunakan daging babi serta alkohol dalam masakan untuk menarik ramai pelanggan.
Istilah ‘No Pork, No Alcohol’ Tiada Beri Jaminan Halal Kepada Premis
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata istilah ‘No Pork, No Alcohol’ yang sering digunakan oleh peniaga tidak mencerminkan premis mereka adalah halal.
Jelas beliau, konteks halal dalam Islam merujuk kepada produk, premis dan barang yang digunakan mencapai standard syariah, kesihatan, kebersihan, keselamatan dan kualiti yang ditetapkan.
Buat masa ini, kerajaan masih kekal dengan dasar sedia ada di mana permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah bersifat sukarela sejak ia mula dilaksanakan pada 1974.
Malah, perkara ini juga diperkukuhkan melalui Akta Perihal Perdagangan 2011.
“Dasar sedia ada ini bermaksud bahawa dasar ini adalah terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.
Pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) juga berusaha untuk memperluaskan lagi kesedaran peniaga tentang kebaikan SPHM ini dalam industri makanan dan perniagaan.
“Sesungguhnya pemilikan SPHM memberikan nilai tambah kepada bukan sahaja kepada industri tetapi juga kepada pengguna kerana sijil halal itu sendiri merupakan satu jaminan bahawa produk atau premis makanan tersebut adalah halal dan toyyiban,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Besut Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh yang meminta penjelasan melibatkan cadangan agar JAKIM mewajibkan pensijilan halal bagi restoran yang tidak menyediakan hidangan babi dan alkohol.
Orang ramai boleh membuat semakan status halal mana-mana premis atau produk menerusi Portal Halal Malaysia.
Tidak Bermaksud Menu Tak Halal Jika Tiada Sijil Halal
Hakikatnya, tiada sijil halal bukanlah bermaksud makanan atau minuman itu haram dimakan oleh orang Muslim terutamanya jika ia disediakan oleh saudara seagama.
Memetik bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, suatu makanan itu dihukumkan sebagai halal dan harus untuk dimakan selagi tiada bukti menunjukkan kepada hal yang sebaliknya lebih-lebih lagi jika penjual atau pengusahanya adalah orang Islam sekalipun tidak ada logo halal.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Masih Keliru, Ini Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Sijil Halal
Baca Artikel Berkaitan: Umat Islam Perlu Lebih Peka & Cakna Tentang Status Halal Restoran, Kata Pakar
Baca Artikel Berkaitan: “5 Premis Makanan Terkenal Tiada Sijil Halal” – JAKIM
Tempoh Permohonan Sijil Halal Dipendekkan
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 telah memendekkan proses permohonan sijil halal premis makanan dari 51 hari kepada 30 hari sahaja.
Malah sebenarnya, kos atau fi permohonan sijil halal tidaklah tinggi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak yang kononnya mencecah puluhan ribu ringgit kerana bergantung kepada kategori dan jenis premis seperti berikut:
- Perniagaan mikro seperti restoran atau kafe, kantin, kedai bakeri, premis makanan berangkai, premis bergerak, kafetaria di medan selera dan kiosk: RM100 setahun
- Hotel bertaraf tiga bintang dan ke bawah: RM200 setahun
- Hotel bertaraf 4 bintang dan ke atas: RM500 setahun
Bagi anda yang mahu memohon sijil halal, di bawah kami telah sertakan carta alir permohonan pensijilan Halal Malaysia.