fbpx

Jual Video Lucah Diri Sendiri Di Media Sosial, MCMC Siasat Pelajar IPTA

Menurut MCMC, pihaknya turut menyita sebuah telefon bimbit dan kad sim milik pelajar berkenaan yang digunakan untuk membuat naik video lucah bagi membantu siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menyebar mahupun menjadikan bahan lucah sebagai perniagaan merupakan salah satu perkara yang salah di sisi agama malah menyalahi undang-undang di negara ini.

Meskipun tahu ia merupakan salah satu perkara haram untuk dilakukan di Malaysia namun masih ada lagi yang berdegil dan menjadikannya sebagai salah satu perniagaan.

Bahkan segelintir darinya yang menjual bahan lucah ini turut mengenakan sejumlah wang yang tinggi untuk dibeli oleh pelanggan. Lebih memalukan ada juga yang sanggup ,enjual maruah dengan merakam aksi sendiri dan menjualnya kepada orang ramai.

MCMC siasat pelajar IPTA didakwa jual video lucah di media sosial

Terbaharu, seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) didakwa terbabit dalam aktiviti menjual kandungan video lucah yang memaparkan adegannya sendiri di platform media sosial, X.

Susulan daripada itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) bertindak membuat siasatan berhubung kes.

Menerusi kenyataan dikeluarkan MCMC, pihaknya kini sudah merakam percakapan pelajar tersebut selepas membongkar kegiatan haram berkenaan, hasil pemantauan serta risikan yang dilakukan menerusi daripada aduan awam.

“Siasatan awal MCMC mendapati kegiatan suspek bermula sejak 2021 dengan beliau memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain di aplikasi sama.

“Modus operandi suspek kemudiannya berubah kepada memuat naik dan menjual video lucah adegan sendiri bersama wanita yang dikenali, dan memperoleh sehingga lebih 100,000 pengikut di platform X,” ujarnya, dipetik Bernama.

raih sehingga RM3,000 hasil jual video lucah, telefon bimbit dan kad sim disita

Pelajar itu dipercayai menjadikan aktiviti menjual video lucah berkenaan sebagai sumber pendapatannya. Malah dia meraih hasil pendapatan bulanan sehingga mencecah RM3,000 dengan angaran sehingga RM150 untuk setiap satu video yang dijual.

Tambah MCMC berdasarkan hasil pemeriksaan di sebuah premis di Shah Alam, pasukan penguatkuasaannya telah bertindak menyita sebuah telefon bimbit termasuk kad sim yang dipercayai kepunyaan pelajar terbabit.

Barangan yang disita itu dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan tidak senonoh dan tujuan sitaan adalah untuk membantu siasatan.

“Turut diambil keterangan adalah rakan suspek, seorang wanita yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).”

Jelas MCMC lagi tindakan menjual video lucah itu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai digesa melaporkan sebarang kegiatan menyebar dan menjual kandungan lucah di mana-mana platform media sosial kepada MCMC untuk tindakan penguatkuasaan selanjutnya,” katanya.

Foto: SKMM (MCMC)

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.