fbpx
Now Reading
“Mummy! Sakit Sangat!” – Wanita Maut Kereta Dihempap Kontena Rupanya Sempat Buat Panggilan Kepada Ibu

“Mummy! Sakit Sangat!” – Wanita Maut Kereta Dihempap Kontena Rupanya Sempat Buat Panggilan Kepada Ibu

Perkara itu dikongsikan oleh ibu mangsa, Lee Zi Rou iaitu Lim dalam satu temubual bersama China Press.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Rabu (13 November) lalu, tular di media sosial rakaman video kamera papan pemuka kemalangan ngeri membabitkan sebuah treler kontena dan beberapa buah kenderaan di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dalam insiden yang membabitkan lima buah kenderaan itu, seorang wanita maut dan seorang lelaki cedera akibat kenderaan mereka dihempap oleh kontena.

Mangsa yang maut merupakan pemandu Perodua Bezza yang dikenali sebagai Lee Zi Rou meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Lee Zi Rou Sempat Hubungi Ibu Selepas Nahas

Siapa sangka dalam saat-saat terakhir hayatnya, wanita yang berusia 21 tahun itu sempat menelefon ibunya sendiri.

Perkara itu dikongsikan oleh ibu mangsa yang dikenali sebagai Lim dalam satu temubual bersama China Press.

Laporan Malay Mail yang memetik China Press menyebut, Lim mengatakan anaknya mengaduh kesakitan “Mummy! Sakit sangat!’ sebelum suaranya tidak lagi kedengaran.

Lim pada ketika itu merasakan anaknya itu telah meninggal dunia.

Selalu Pesan Kepada Anak Telefon Jika Hanya Ada Kecemasan

Kongsi Lim, dia sebelum ini sentiasa berpesan kepada anak-anak, hanya menelefon sekiranya terdapat kecemasan.

Namun, apabila Lee menelefon, dia sudah dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Saya bagitahu mereka, jika mereka telefon, itu bermakna ada kecemasan,” katanya lagi.

Kongsi Lim lagi, dek kerana panggilan tersebut, dia segera mengarahkan seorang lagi anak perempuannya untuk membawa dia ke laluan yang sering digunakan Lee untuk pergi ke tempat kerja.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, Lim telah diberitahu oleh seorang lelaki bahawa anaknya telah dihempap oleh kontena tersebut.

Walaupun orang ramai di lokasi kejadian cuba untuk mengalihkan kontena berkenaan, namun ia sukar dilakukan memandangkan kontena tersebut yang terlalu berat.

Pada masa yang sama, Lim menjelaskan, anaknya itu membuat panggilan pada pukul 9.24 pagi dan meninggal dunia pada jam 9.30 pagi.

Mangsa Seorang Yang Mengambil Berat & Penyayang

Dalam pada itu, adik mangsa yang dikenali sebagai Lee Zi Qi mendedahkan mangsa sempat menghantar mesej ucapan ‘Selamat Pagi’ dalam kumpulan chat keluarga mereka pada hari kejadian.

Kongsi Zi Qi di laman sosial Xiaohongshu, walaupun mangsa merupakan anak kedua, namun, dia sering membawa peranan sebagai kakak dan menjaga seluruh keluarga.

Malah, mangsa difahamkan baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran pada Jun lalu.

Terdahulu, pemandu treler yang membawa kontena hingga menyebabkan kematian Lee Zi Rou direman empat hari bermula semalam (14 November) sehingga 17 November ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam semalam.

Baca Artikel Berkaitan: “Adik Memang Suka Bantu Orang Lain” – Pemuda Meninggal Dunia Lepas Bantu Pengantin Baharu Maut Kemalangan

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Tayar Lori Tercabut: Mangsa Rupanya Menuju Ke Surau, Mahu Bentang Sejadah Untuk Solat Jumaat

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.