fbpx
Now Reading
Anak Pengasas Al-Arqam Sokong Tindakan MKI Isytihar GISB Sesat

Anak Pengasas Al-Arqam Sokong Tindakan MKI Isytihar GISB Sesat

Ummu yang sebelum ini pernah terlibat dengan kumpulan tersebut, berkongsi bahawa pengalaman peribadinya membuktikan ajaran GISBH bertentangan dengan prinsip Islam sebenar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ummu Atiyyah, anak sulung kepada pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad menzahirkan sokongan penuh terhadap keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang mengisytiharkan ajaran dan amalan Nasiruddin Mohd Ali serta syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) sebagai sesat.

Ummu yang sebelum ini pernah terlibat dengan kumpulan tersebut, berkongsi bahawa pengalaman peribadinya membuktikan ajaran GISBH bertentangan dengan prinsip Islam sebenar.

“Sebagai seorang yang pernah berdepan dengan fahaman itu, saya amat gembira kerana MKI telah memutuskan untuk mengisytiharkannya sebagai ajaran sesat.

“Ini melegakan bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada ramai wanita lain yang mungkin terikat kepada pelbagai kepercayaan dan terpaksa melakukan perkara-perkara tertentu di luar kehendak mereka,” katanya dipetik dari NST yang memetik Buletin Utama.

Seru pengikut kembali ke jalan benar

Dia dalam masa sama turut menyeru pengikut fanatik kumpulan itu untuk segera sedar dan kembali ke jalan yang benar.

“Dulu saya diarahkan untuk ikut segala kehendak mereka, dan jika ingkar, saya dipukul. Sekarang, saya bersyukur kepada Allah kerana bebas dan boleh membuat keputusan sendiri.

“Saya boleh apa sahaja yang ingin saya lakukan sekarang, dah tiada arahan daripada mana-mana pihak yang perlu saya ikuti,” katanya lagi.

Sebelum ini MKI, dalam mesyuaratnya yang berlangsung dari 24 hingga 26 September lalu, mendapati ajaran GISB adalah sesat.

Ini termasuk ajaran memuliakan Asy Syeikh Muhammad Abdullah As-Suhaimi sebagai Imam Mahdi dan mengangkat Ashaari Muhammad sebagai pembantu Imam Mahdi.

MKI dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut diambil untuk melindungi umat Islam daripada ideologi yang bercanggah dengan ajaran sebenar.

Pernah dedah dipaksa berkahwin selepas kematian bapanya

Sebagai info, Ummu Atiyyah sebelum ini membuat pendedahan yang dia telah dipaksa berkahwin dengan individu berpengaruh dalam kumpulan itu dikenali sebagai Fadil pada 2015 dengan tujuan untuk memperkukuhkan organisasi sesat itu.

Paksaan itu dilakukan selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 2010.

“Kononnya saya akan dijadikan isteri keempat, tetapi saya menolak kerana Fadil bukan pilihan saya.

“Saya melarikan diri ke rumah kawan saya di Jordan, namun Fadil dan pengikutnya yang juga adik beradik saya sendiri datang seawal 1 pagi buat kecoh paksa saya serah diri.

“Akhirnya selepas seminggu alami gangguan, kawan saya meminta saya keluar dari rumah itu selepas dia diugut Fadil dan pengikutnya,” katanya dalam satu sidang media.

Sebelum itu, salah seorang adiknya Khaulah Ashaari menafikan GISBH ada mengamalkan Aurad Muhammadiyah seperti yang dipraktikkan Al-Arqam.

Baca artikel berkaitan: GISBH Ada Kaitan Dengan Kumpulan Arqam? Ini Sejarah Penubuhannya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.