fbpx
Now Reading
Nak Belanja Awek Makan Ikan Siakap 3 Rasa Punya Pasal, Remaja Sanggup Pinjam Ah Long

Nak Belanja Awek Makan Ikan Siakap 3 Rasa Punya Pasal, Remaja Sanggup Pinjam Ah Long

Menurut Pengurus Pusat Pengajian Fardu Ain dan Al-Quran Darul Muttaqim (DM), Fariz Izhar Adrus, hasil siasatan pihaknya mendapati remaja yang berasal dari Selangor itu telah membuat pinjaman daripada 12 ah long.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi kebanyakan orang, dunia percintaan sememangnya amat indah. Kerana sayang dan cinta, ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan yang tersayang.

Namun, ada di antara individu yang bercinta ini dilihat ‘buta’ dan bertindak melulu dalam membuat keputusan lebih lagi jika melibatkan orang yang dicintai.

Ada yang sanggup bertindak di luar batas hingga kadang kala tindakan mereka itu dilihat tidak masuk akal oleh orang biasa.

Pinjam Ah Long Kerana Nak Belanja Teman Wanita Ikan Siakap 3 Rasa

Itulah yang dilakukan oleh seorang remaja lelaki berusia 15 tahun apabila sanggup berhutang dengan peminjam wang tidak berlesen atau ah long demi membahagiakan kekasihnya.

Difahamkan, dia bertindak sedemikian bagi memenuhi kehendak teman wanitanya yang mahu memakan ikan siakap tiga rasa asalkan rahsia dia tidak mempunyai wang tidak diketahui oleh wanita itu.

Dah Buat Pinjaman Kepada 12 Ah Long

Menurut Pengurus Pusat Pengajian Fardu Ain dan Al-Quran Darul Muttaqim (DM), Fariz Izhar Adrus, hasil siasatan pihaknya mendapati remaja yang berasal dari Selangor itu telah membuat pinjaman daripada 12 ceti haram.

Jelas Fariz Izhar, perkara itu berlaku apabila remaja yang tidak bersekolah itu gagal menyelesaikan bayaran awal hingga dia terpaksa berhutang dengan pelbagai along hingga hutangnya mencecah RM13,000.

“Ibu bapanya merupakan penjawat awam dan menetap di Selangor tetapi remaja itu tinggal bersama pak ciknya kerana enggan ke sekolah.

“Dia cari iklan along melalui TikTok kerana teman wanitanya mahu makan ikan siakap. Hendak kata tiada duit mungkin dia segan dan akhirnya pinjam along. Kira macam gali lubang tutup lubang,” katanya.

Datang Ke Pusat Pengajian Mohon Bantuan

Tambah Fariz Izhar, remaja berkenaan kemudiannya datang ke pusat pengajian itu dan meminta bantuan sebelum mereka menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan perbuatannya itu.

Jelasnya lagi, pihaknya melangsaikan bayaran tanpa bunga atau caj tidak masuk akal dengan syarat remaja tersebut perlu mengikuti pengajian fardu ain selama tiga bulan.

Difahamkan, mereka hanya membayar jumlah yang dipinjam selepas membuat rundingan bersama along yang terlibat.

“Remaja itu merupakan salah seorang daripada lebih 3,700 kes along melibatkan usia 15 hingga 60 tahun yang kita selesaikan sepanjang tiga tahun ini,” kata­nya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Dedah Ada Individu Promosi Judi & Ah Long Di Bazar Ramadan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Terjebak Dengan Hutang ‘Ah Long’? Ini 5 Cara Selesaikan Masalah Hutang Anda!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.