Nak Elak Ketirisan, Cadangan Mansuh Subsidi Minyak Masak Peket Sedang Dibincangkan – Rafizi Ramli
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pelaksanaan untuk memansuhkan subsidi berkenaan mempunyai risikonya, manakala kerajaan pula berhabis puluhan juta setiap bulan namun berlaku ketirisan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan kita pasti mengetahui dan sedar bahawa minyak masak peket bersubsidi bukan hanya dinikmati oleh rakyat, bahkan ia digunakan oleh golongan dan pihak yang tidak sepatutnya.
Ketirisan minyak peket ini menyebabkan jumlah rakyat yang dapat membeli adalah sedikit berbanding yang sepatutnya.
Tidak hanya itu, ada juga peniaga yang menyeleweng minyak bersubsidi pemberian kerajaan ini untuk mengaut keuntungan yang lebih.
Baca Artikel Berkaitan: Restoran Di Melaka Kantoi Guna Minyak Masak Paket, Cuba Tipu KPDN Dengan Isi Dalam Botol [Video]
Kerajaan sedang bincang cadangan mansuh minyak masak peket
Susulan itu, cadangan memasuhkan subsidi minyak masak peket sedang dibincangkan di peringkat kerajaan bagi mengekang masalah ketirisan ini.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pelaksanaan untuk memansuhkan subsidi berkenaan mempunyai risikonya dan pada masa sama kerajaan menanggung puluhan juta ringgit untuk menyediakan subsidi terbabit.
“Memang dah dibincangkan beberapa kali sebab kita tahu bahawa ada risiko pelaksanaan dan kerajaan pula berhabis berpuluh juta untuk tiap bulan bagi menyediakan minyak paket bersubsidi tetapi minyak itu sama ada susah nak dicari ataupun dah ada di seberang (negara jiran).
“Kita semua sedia maklum isunya ialah ketirisan yang tak boleh disangkal lagi,” katanya dipetik Sinar Harian.
Tunggu KPDN bentang kepada Jemaah Menteri
Menurutnya, perkara tersebut di bawah kawal selia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan menunggu pihak itu menunggu masa sesuai untuk membentangkan kepada Jemaah Menteri.
“Sekarang mereka sedang melalui proses semakan bagaimana cara terbaik untuk memberikan subsidi minyak ini tanpa berlaku ketirisan yang besar kerana ketirisan itu sendiri akan menjadi beban kepada KPDN sebagai penguatkuasaan.
“Mereka pun sedang mencari jalan untuk membangunkan kaedah baru dan di peringkat kementerian kena tunggu pembentangan di Kabinet serta berharap ada kaedah yang lebih baik,” katanya.
Mansuh minyak masak peket, ganti dengan bantuan kewangan
Sebelum ini, kerajaan disaran memansuhkan minyak masak peket subsidi dan digantikan dengan bantuan kewangan kepada golongan sasar bagi menangani isu penyelewengan serta ketirisan.
Berdasarkan laporan, daripada kuota 60,000 tan atau bersamaan 60 juta peket minyak bersubsidi satu kilogram sebulan di pasaran, 60% daripada itu digunakan oleh kumpulan peniaga mikro.
Baca Artikel Berkaitan: