fbpx
Now Reading
Pengasas KK Mart Terima Anugerah Usahawan Terbaik SEBA Awards 2024 [Video]

Pengasas KK Mart Terima Anugerah Usahawan Terbaik SEBA Awards 2024 [Video]

Pengasas KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan berkata, usaha untuk terus berkhidmat dalam bidang keusahawanan telah menjadi pendorong agar beliau terus melakar kemajuan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif syarikat KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan telah menerima Anugerah Usahawan Terbaik di SEBA Awards 2024 yang berlangsung di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur pada Khamis lalu (14 November).

Chai berkata, impian beliau akhirnya tercapai untuk mengetengahkan jenama dengan harga mampu milik selain berupaya memberi khidmat kepada komuniti.

Usaha untuk terus berkhidmat dalam bidang keusahawanan jadi pembakar semangat

Menurutnya, usaha untuk terus berkhidmat dalam bidang keusahawanan telah menjadi pendorong agar beliau terus melakar kemajuan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran.

“Pada hari ini, saya dipenuhi rasa bangga dan bersyukur. Anugerah ini adalah bukti bukan sahaja kepada perjalanan hidup saya tetapi juga perjalanan KK Super Mart dan semua individu yang telah menjadi sebahagian daripadanya.

“Saya dengan amat rendah hati menerima penghormatan ini, dan ia menguatkan lagi semangat saya untuk terus berkhidmat kepada komuniti serta memajukan Kumpulan Syarikat KK ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dipetik Sinar Harian.

Ingin teroka pasaran baru dan tingkatkan kecekapan operasi

Menurutnya lagi, syarikat itu kini sedang meneroka pasaran baharu selain meningkatkan kecekapan operasi supaya perniagaan tersebut dapat terus berkembang.

Tambah beliau, KK Super Mart akan terus meletakkan tanda aras baharu dalam industri runcit bagi mengukuhkan reputasinya sebagai jenama yang dipercayai rakyat.

“Kejayaan mentransformasikan perniagaan kedai kecil sehingga berjaya menubuhkan 903 cawangan di seluruh Malaysia dalam memastikan kecemerlangan industri runcit merupakan satu pencapaian terbaik.

“Usaha ini akan mengiktiraf jenama KK Mart sebagai jenama terkemuka di peringkat global,” katanya lagi.

Perkara ini turut dikongsi Chai menerusi satu hantaran video di akaun Facebook miliknya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.