fbpx
Now Reading
Tular Kereta Pengiring VIP Rempuh Kenderaan Awam, Polis Jalankan Siasatan [Video]

Tular Kereta Pengiring VIP Rempuh Kenderaan Awam, Polis Jalankan Siasatan [Video]

Menurut Pengarah JSPT, kes melibatkan kereta pengiring VIP dan kenderaan awam di Lebuhraya Plus itu masih lagi di bawah siasatan pihaknya bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berhubung insiden.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (17 November), tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah kenderaan eskot dipercayai sedang mengiring orang kenamaan (VIP) merempuh sebuah kereta di lebuh raya.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di akaun TikTok @sagaunlimited, rempuhan daripada kereta jenis Proton Perdana itu menyebabkan seorang wanita dipercayai pemandu Proton Saga menjerit serta menangis kerana terkejut dan ketakutan.

Dalam video sama, turut kelihatan sebuah lagi kereta jenis Toyota Camry mengalami kerosakan, namun tidak dapat dipastikan sama ada disebabkan kemalangan itu atau sebaliknya.

Polis siasat kemalangan yang tular libatkan kereta pengiring VIP dan kenderaan awam

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kemalangan melibatkan kenderaan orang awam dan kereta anggota polis itu yang berlaku di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) pada Sabtu lalu (16 November).

Menurut Harian Metro yang memetik Bernama, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kemalangan itu.

“Untuk makluman, maklumat kemalangan yang ditularkan adalah semasa petugas PDRM mengiringi orang kenamaan di Lebuhraya Utara-Selatan.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku pada 16 November di KM 259 Lebuhraya Utara-Selatan menghala selatan membabitkan dua kenderaan berdasarkan laporan diterima,” katanya.

Menurutnya, kes terbabit masih lagi di bawah siasatan JSPT bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berhubung insiden berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan digalakkan memberi maklumat untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Kemalangan menyebabkan pemandu trauma

Menerusi hantaran video yang tular, pemilik akaun mendakwa kemalangan itu membabitkan adiknya sendiri.

Katanya, insiden yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga itu juga menyebabkan adiknya mengalami ‘panik attack’.

“Panik attack terus adik aku, dah sampai rumah pun masih trauma tak hilang. Semoga dipermudahkan,” tulisnya di kapsyen.

@sagaunlimited

Panic attack terus adik aku .. dah sampai rumah pun masih trauma tak hilang .. semoga dipermudahkan #fyp #fypシ #fypage #masukberandar #vipkonvoi

♬ suara asli – Vibes lyrics only🥀 – Vibes lyrics only🥀
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.