fbpx
Now Reading
Laporan Ratusan Murid Thailand Rentas Sungai Golok Untuk Bersekolah Di Malaysia, KPM Akan Siasat

Laporan Ratusan Murid Thailand Rentas Sungai Golok Untuk Bersekolah Di Malaysia, KPM Akan Siasat

Polis Kelantan juga akan mengadakan perbincangan terperinci berhubung ratusan pelajar yang merentasi Sungai Golok dari Thailand untuk bersekolah di Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pagi tadi (19 November), tular laporan berita tempatan yang mendapati terdapat kira-kira 500 pelajar dan murid dari Thailand menggunakan pangkalan haram bagi merentasi Sungai Golok untuk ke sekolah di Malaysia.

Difahamkan, para pelajar dan murid dari beberapa sekolah sekitar Rantau Panjang, Kelantan itu sudah menunggu bot seawal jam 6.30 pagi pada setiap hari untuk ke negara ini dengan caj RM1 dikenakan bagi setiap penumpang.

Namun, mereka mendakwa memiliki kad pengenalan tempatan dan merupakan warga Malaysia, tetapi menetap di Thailand kerana faktor kekeluargaan selain ibu atau bapa warga negara gajah putih itu.

KPM akan siasatan kerana libatkan pergerakan jumlah murid dan pelajar yang ramai

Terbaharu, Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan akan melakukan siasatan lanjut berhubung laporan berkenaan.

Menteri KPM, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu kerana ia membabitkan pergerakan jumlah murid dan pelajar yang ramai pada setiap hari.

“Saya ingat macam ni, kalau anak-anak ini adalah warga negara Malaysia sepatutnya dia bersekolah dalam Malaysia dan tidak timbul isu dari segi keselamatan mereka yang menyeberangi sungai itu.

“Tapi kita akan siasat dan ambil maklum tentang perkara ini kerana bilangan yang didakwa itu sangat tinggi.

“Dari segi akses pendidikan, kita telah sediakan semuanya di peringkat Kementerian Pendidikan,” kata dipetik Kosmo.

Polis Kelantan akan bincang isu pelajar guna pangkalan haram

Dalam pada itu, Polis Kelantan juga akan mengadakan perbincangan terperinci berhubung ratusan pelajar yang merentasi Sungai Golok dari Thailand untuk bersekolah di Malaysia.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, perbincangan itu akan dilakukan dalam masa terdekat bersama beberapa pihak berkaitan.

“Isu ini membabitkan pelajar sekolah, jadi akan dibincangkan dengan banyak pihak termasuk kementerian bertanggungjawab dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita akan bincang dan putuskan dalam masa terdekat susulan tindakan tegas larangan penggunaan pangkalan haram di Sungai Golok bermula 1 Disember,” katanya dipetik Harian Metro.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.