fbpx
Now Reading
Lesen Memandu Fizikal Mungkin Perlu Bayaran Tambahan Tahun Depan – Loke

Lesen Memandu Fizikal Mungkin Perlu Bayaran Tambahan Tahun Depan – Loke

Loke bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci tentang bayaran pencetakan bagi lesen memandu fizikal yang akan dikenakan kepada pengguna.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bermula tahun 2025, orang ramai mungkin perlu membuat bayaran tambahan sekiranya mahu mendapatkan lesen memandu secara fizikal.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini (20 Nov) memaklumkan langkah tersebut mungkin diambil memandangkan pihaknya terutama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga kini masih menerima rungutan daripada orang ramai yang mahu mencetak lesen memandu mereka.

“Jadi dari segi itu (lesen fizikal) kita akan tambah baik. Awal tahun depan kita akan umumkan satu inisiatif iaitu kepada mana-mana pihak atau orang ramai yang ingin mencetak lesen memandu mereka secara fizikal, mungkin mereka kena bayar untuk pencetakan kad fizikal itu,” kata Loke di Dewan Rakyat.

Perkara itu dimaklumkan Loke ketika menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) tentang sejauh mana keberkesanan langkah pengenalan lesen memandu dan cukai jalan secara digital serta penjimatan yang diberikan kepada kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci tentang bayaran pencetakan yang akan dikenakan kepada pengguna.

Tambah Ahli Parlimen Seremban itu lagi, sejak aplikasi MyJPJ diperkenalkan kira-kira dua tahun lalu, ia telah dimuat turun oleh13.7 juta pengguna.

Setakat 31 Oktober lalu juga, lebih sejuta transaksi melibatkan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu membabitkan nilai hampir RM121 juta dicatatkan menerusi aplikasi MyJPJ.

Bukan itu sahaja, aplikasi berkenaa juga telah menguruskan lebih sejuta transaksi pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu secara online yang melibatkan nilai hampir RM121 juta.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.