fbpx
Now Reading
‘MyKad’ Bakal Berwajah Baharu, Turut Dilengkapi Dengan Ciri Keselamatan Terkini

‘MyKad’ Bakal Berwajah Baharu, Turut Dilengkapi Dengan Ciri Keselamatan Terkini

Menurut Timbalan Menteri KDN Shamsul Anuar Nasarah, Mykad baharu akan dilengkapi dengan ciri keselamatan tinggi, selamat serta dipertingkat sejajar dengan perkembangan teknologi keselamatan di masa kini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

MyKad atau turut dikenali sebagai kad pengenalan diri merupakan salah satu dokumen yang sangat penting untuk setiap rakyat Malaysia.

Kad pengenalan ini juga menyimpan pelbagai data peribadi yang sering menjadi rujukan untuk sebarang perkara penting. Sebagai contoh pendaftaran untuk mendapatkan perkhidmatan di fasiliti kerajaan dan sebagainya.

Bukan hanya itu, kad pengenalan juga perlu ditukar setiap beberapa tahun agar paparan butiran selari dengan keadaan semasa pemiliknya.

MyKad lama bakal dimansuh, yang baharu akan dilengkapi dengan ciri keselamatan tinggi

Terbaharu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan pengantian MyKad yang sudah berusia lebih dari 12 tahun dalam fasa akhir bagi dimutkamadkan.

Menurutnya hal itu bakal dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Langkah untuk memansuhkan kad pengenalan lama dan digantikan dengan Mykad baharu tersebut bertujuan memastikan ia memiliki ciri keselamatan tinggi, selamat serta dipertingkat sejajar dengan kemajuan teknologi keselamatan terkini.

“Perolehan bagi kad pengenalan struktur baharu yang bakal menggantikan kad pengenalan sedia ada yang telah dikeluarkan kepada rakyat Malaysia sejak tahun 2012.

“Ia juga dapat membendung sebarang insiden dan percubaan untuk memalsu dan menyalahguna kad pengenalan yang menjadi dokumen pengenalan diri utama di Malaysia,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Perkara itu dimaklumkan oleh menteri berkenaan di Dewan Rakyat untuk menjawab pertanyaan dari Manndzri Nasib (BN-Tenggara) yang meminta kerajaan memaklumkan berhubung status terkini mengenai kad pengenalan generasi baharu yang akan diperkenalkan.

Ia bertujuan untuk mengatasi masalah pemalsuan kad identiti kewarganegaraan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.