fbpx
Now Reading
Tular Pengembara Warga Asing Berstatus NTL Dilayan Dengan Kasar Di KLIA, Siap Ditumbuk [Video]

Tular Pengembara Warga Asing Berstatus NTL Dilayan Dengan Kasar Di KLIA, Siap Ditumbuk [Video]

Dalam satu lagi video berasingan, turut kedengaran suara seorang lelaki menjerit terhadap sekumpulan warga asing itu sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (20 November), MalaysiaKini mendedahkan beberapa video yang memaparkan sekumpulan pengembara warga asing dilayan secara kasar kerana berstatus Notis Penolakan Masuk atau ‘Not to Land’ (NTL) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Dalam klip rakaman yang dipercayai diambil pada 11 November lalu, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai pegawai bertindak menumbuk muka salah seorang warga asing terbabit atas sebab yang tidak pasti sebelum dia diminta pergi ke suatu tempat seperti bilik.

Warga asing ditengking, siap keluar kata-kata kesat

Satu lagi video turut memperdengarkan suara seorang lelaki menjerit terhadap kumpulan warga asing itu sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

“Ingat aku kuli! Si*l!” jerkah lelaki itu kepada pengembara warga asing berkenaan.

Malah, terdapat juga rakaman berdurasi 22 saat yang menunjukkan keadaan di ruangan menunggu (holding lounge) NTL yang sesak dan terdapat pelancong asing duduk serta berbaring di lantai.

Video tular tak libatkan Pegawai Imigresen

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan video-video insiden tersebut tidak melibatkan pegawainya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban menerusi satu kenyataan hari ini berkata, JIM bertanggungjawab memastikan keselamatan negara tidak dikompromi selain memberikan kemudahan kemasukan di KLIA.

Menurutnya, setiap pengembara warga asing yang ingin masuk ke Malaysia perlu mematuhi syarat-syarat kemasukan sebelum diberikan kemudahan imigresen untuk memasuki negara ini.

“Bagi pengembara warga asing yang tidak dapat memenuhi syarat, satu Notis Penolakan Masuk (Not To Land – NTL) akan dikenakan.

“Berdasarkan Seksyen 24, Akta Imigresen 1959/63, pengembara warga asing yang telah dikenakan notis NTL akan diserahkan kepada syarikat penerbangan untuk diuruskan penghantaran pulang ke tempat embarkasi terakhir,” katanya.

Syarikat penerbangan bertanggungjawab pastikan warga asing NTL pulang segera

Menurutnya lagi, syarikat penerbangan bertanggungjawab memastikan pengembara yang telah dikenakan notis NTL untuk dihantar pulang dengan segera.

“Sementara menunggu untuk dihantar keluar, pengembara warga asing yang telah di NTL akan ditempatkan di ruang yang dikhaskan di holding lounge (HL).

“Ruang ini adalah ruang yang berhawa dingin, mempunyai kerusi menunggu dan berdekatan dengan kemudahan asas seperti tandas selain mereka diberi makan tiga kali sehari oleh syarikat penerbangan,” ujarnya.

Tegas Zakaria, pihaknya komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga pengembara asing yang memasuki Malaysia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.