Grab Malaysia Anjur Piala Rakan Grab, Terus Kerjasama Dengan MFL Untuk Aktiviti Menarik Seluruh Negara
Berdasarkan kerjasama terdahulu antara Grab Malaysia dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), kedua-dua organisasi akan terus bekerjasama untuk menganjurkan klinik bola sepak di seluruh negara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sekitar Mei lalu, Grab Malaysia telah menjalinkan kerjasama bersama Malaysian Football League (MFL) dengan menjadi ‘Rakan e-Hailing & Pasaran Makanan Rasmi’ bagi pengelola Liga Malaysia itu.
Meneruskan komitmen mereka dalam sama, Grab Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan Piala Rakan Grab, kejohanan bola sepak komuniti di seluruh Malaysia untuk menyemarakkan semangat keakraban dan perpaduan dalam kalangan rakan pemandu dan penghantar Grab.
Bakal anjur klinik bola sepak di seluruh negara
Apa yang menariknya, hasil kerjasama terdahulu antara Grab Malaysia dan MFL, kini kedua-dua organisasi tersebut akan terus bekerjasama untuk menganjurkan klinik bola sepak di seluruh negara.
Klinik ini bertujuan untuk memberi anak-anak rakan Grab peluang berharga untuk meningkatkan kemahiran mereka sambil mengambil bahagian aktif dalam sukan ini.
Bercerita mengenai Piala Rakan Grab, kejohanan yang disertai lebih 1,200 rakan Grab, keluarga mereka dan pemain MFL ini telah dianjurkan selama tiga minggu di:
- Kuantan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Selangor
- Kuala Lumpur
- Kota Bharu
- Pulau Pinang
- Kuching
- Johor Bahru
- Ipoh
- Kota Kinabalu
Acara ini telah menyediakan sebuah platform unik untuk rakan Grab berhubung dengan wira bola sepak mereka, mengukuhkan ikatan komuniti dan menyatukan peserta dalam semangat bola sepak.
Acara-acara di Selangor dan Kuala Lumpur memang tidak dapat dilupakan, kerana ia diserikan dengan kehadiran penuh semangat oleh Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh yang diberi penghormatan untuk memulakan temasya tersebut. Sokongan beliau meningkatkan lagi keterujaan dan semangat peserta, menjadikan acara ini benar-benar istimewa.
Hannah Yeoh turut berkongsi pandangannya tentang inisiatif ini dengan berkata, “Saya teruja melihat Grab Malaysia melibatkan diri dengan komuniti rakan Grab di seluruh negara melalui bola sepak—sukan yang amat diminati oleh seluruh rakyat Malaysia.
“Dengan membawa inisiatif ini ke seluruh negara, ia bukan sahaja memupuk kecintaan terhadap sukan ini tetapi juga perpaduan dan hubungan antara warga Malaysia. Klinik bola sepak juga akan menyediakan peluang yang tidak ternilai kepada semua orang yang mengambil bahagian, memupuk bakat di peringkat awal, memberi inspirasi dan menyokong generasi seterusnya untuk menerusi minat mereka dalam bola sepak.”
Menurut Pengarah Urusan, Grab Malaysia Adelene Foo, rakan-rakan Grab adalah keutamaan dalam semua yang mereka lakukan.
“Piala Rakan Grab bukan sahaja menyediakan cara untuk melibatkan diri dengan mereka di luar kerja harian mereka, tetapi juga mengukuhkan lagi ikatan melalui persaingan yang mesra. Melalui bola sepak, kami berharap kami dapat memupuk perpaduan, kerjasama, dan mewujudkan kenangan yang berkekalan. Inisiatif ini mencerminkan kepercayaan kami terhadap kuasa sukan untuk menyatukan komuniti dan mengukuhkan komitmen kami untuk menyokong rakan Grab dengan cara yang bermakna.”
Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Grab Malaysia untuk menyokong dan melibatkan rakan-rakannya. Melalui usaha komuniti seperti Piala Rakan Grab dan klinik bola sepak, Grab Malaysia berhasrat untuk memperkasakan rakan Grab, mengukuhkan hubungan, dan menyumbang kepada perkembangan komuniti yang rancak di seluruh Malaysia.