fbpx
Now Reading
Johor Pertimbang Cadangan Tukar Waktu Kerja 4 Hari Setengah Seminggu Untuk Sektor Awam

Johor Pertimbang Cadangan Tukar Waktu Kerja 4 Hari Setengah Seminggu Untuk Sektor Awam

Menurut Menteri Besar Johor, Onn Hafiz kerajaan negeri itu juga akan memanjangkan waktu operasi perkhidmatan kaunter yang kritikal agar masih beroperasi termasuklah ketika waktu rehat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Jun 2022 seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Johor, Nor Rashidah Ismail telah mencadangkan negeri Johor untuk menggunakan sistem bekerja empat hari seminggu.

Cadangan itu disuarakan agar pekerja mempunyai kualiti masa bersama keluarga memandangkan hari rehat berbeza bagi penjawat awam, pekerja swasta dan pelajar sekolah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Wakil Rakyat Johor Cadang Kerja 4 Hari Seminggu, 3 Hari Hujung Minggu

Johor sedang pertimbang cadangan perubahan waktu kerja pekerja awam kepada empat hari setengah

Terbaharu, kerajaan Johor sedang mempertimbangkan cadangan untuk membuat perubahan waktu untuk pekerja awam di negeri terbabit selama empat hari setengah.

Menurut Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi perkara itu berikutan dengan pelaksanaan cuti hujung minggu yang akan diubah semula kepada Sabtu serta Ahad menjelang Januari tahun hadapan.

Ini kerana, kerajaan negeri ketika ini sedang membuat penambahbaikan untuk mempertingkatkan produktiviti serta menambahbaik lagi sistem penyampaian servisnya.

Waktu operasi perkhidmatan akan dipanjangkan

Jelasnya ia turut termasuk dalam memperkasakan servis digital dengan penambahan urusan yang boleh dibuat menerusi dalam talian (online).

“Kerajaan Johor juga akan memanjangkan waktu operasi perkhidmatan kaunter yang kritikal untuk terus beroperasi termasuk pada waktu rehat antara jam 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang.

“Penyeragaman waktu operasi perkhidmatan kaunter di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan dilaksanakan.

“Sekiranya usaha-usaha penambahbaikan itu berjalan lancar, Insya-Allah kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja kepada empat hari setengah tanpa mengurangkan keseluruhan tempoh jam bekerja bagi sektor awam.

“Bagaimanapun, ia perlu mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan restu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” ujarnya, dipetik Berita Harian.

Perkara itu dimaklumkan oleh Onn Hafiz sewaktu membentangkan Belanjawan Johor 2025.

UAE antara negara yang laksanakan kerja 4 hari setengah

Untuk makluman, Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan antara negara yang sudah mula melaksanakan waktu bekerja yang sama iaitu 4 hari setengah seminggu sejak 1 Januari 2022.

Selain itu, pekerja kerajaan di sana pada hari Jumaat mempunyai pilihan sama ada ingin bekerja dari rumah (WFH) serta menyusun jadual waktu kerja mereka mengikut masa fleksibel.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.