Pemilik Restoran Tular Jual Ayam Goreng Kunyit RM20 Didenda RM10,000
Mengikut fakta kes, premis milik tertuduh menjual hidangan ayam goreng kunyit berharga RM20 kepada orang awam sebelum insiden tersebut tular di media sosial setelah pengadu memuat naik hantaran pada 14 Januari lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Harus diakui, kenaikan kos harga barang sememangnya memberi kesan kepada sebahagian individu termasuk golong peniaga.
Peniaga khususnya yang menjual produk makanan terpaksa menaikkan harga jualan bagi menamping kenaikan kos.
Namun, harga jualan yang ditetapkan oleh peniaga kadang kala dilihat tidak masuk akal hingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap penjual sebegitu.
Pemilik Restoran Gagal Simpan Resit & Selenggara Rekod Jualan
Terbaharu, seorang pemilik restoran yang pernah tular kerana menjual ayam goreng kunyit RM20 di Pulau Langkawi, Kedah didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Langkawi semalam (20 November).
Hukuman tersebut dikenakan kepada peniaga itu selepas dia gagal menyimpan resit dan menyenggara rekod jualan seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Tertuduh yang dikenali sebagai Asyuni Mastura Basri mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Allan Suman Pillai.
Mahkamah turut menetapkan tertuduh yang berusia 22 tahun itu dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda. Walau bagaimanapun, wanita itu membayar denda tersebut.
Pendakwaan Di Bawah Seksyen 53A (3) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011
Mengikut pertuduhan, Asyuni yang merupakan pemilik sebuah restoran di Jalan Pantai Chenang didakwa gagal menyimpan resit dan menyenggara rekod jualan dari Januari 2021 hingga 30 November 2023.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 53A (3) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Baca Artikel Berkaitan: KPDN Beri Notis Kepada Kedai Makan Di Langkawi Caj Ayam Goreng Kunyit RM20
Pernah Tular Di Media Sosial Sekitar Januari Kerana Jual Ayam Goreng Kunyit RM20
Mengikut fakta kes, premis milik tertuduh menjual hidangan ayam goreng kunyit berharga RM20 kepada orang awam sebelum insiden tersebut tular di media sosial setelah pengadu memuat naik hantaran pada 14 Januari lalu.
Setelah siasatan dibuat, tertuduh gagal mematuhi arahan pihak berkuasa yang telah dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memintanya untuk mengemukakan invois jualan dan belian produk.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa KPDN, Mohamad Hezrin Abd Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tular di media sosial hantaran seorang pengguna yang terkejut apabila harga hidangan ayam goreng kunyit yang dinikmatinya ketika berkunjung ke Pantai Chenang berharga RM20.
Menurut pengguna berkenaan, dia memuat naik hantaran tersebut kerana tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan.
Malah difahamkan, dia pada ketika itu telahpun membuat laporan menerusi e-mel kepada pihak berkuasa.
Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Terkejut Harga Ayam Goreng Kunyit Di Langkawi Cecah RM20 Sepinggan
Baca Artikel Berkaitan: “Masa Bayar Diam Saja” – Pemilik Restoran Caj Ayam Goreng Kunyit RM20 Persoal Tujuan Pelanggan Tularkan