fbpx
Now Reading
Kos Perjalanan PM Ke 4 Negara Ditaja Swasta Cetus Perdebatan, Pemuda PAS Minta Dedahkan Syarikat Tersebut

Kos Perjalanan PM Ke 4 Negara Ditaja Swasta Cetus Perdebatan, Pemuda PAS Minta Dedahkan Syarikat Tersebut

Ketua Penerangan PAS menyifatkan tindakan kerajaan menerima tajaan kos lawatan daripada syarikat swasta itu telah membuka pintu persoalan mengenai konflik kepentingan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil bermula 9 November sehingga 19 November lalu.

Lawatan selama 11 hari ke empat negara itu adalah untuk memperkukuhkan lagi kerjasama strategik dan menjana potensi pelaburan besar bagi Malaysia.

Selepas lebih seminggu tidak menghadiri persidangan Dewan Rakyat kerana urusan berkenaan, kemunculan semula Anwar pada semalam (21 November) kembali menjadi tumpuan ramai, lapor Sinar Harian.

Anwar jelaskan 70 hingga 80% kos perjalanan dan lawatan ditaja syarikat swasta

Ia turut menjadi perdebatan ramai pihak selepas Anwar menjelaskan bahawa kira-kira 70% sehingga 80% kos melibatkan perjalanan dan lawatan rasmi beliau itu ditanggung syarikat swasta yang mengikuti urusan berkenaan.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, pendekatan tersebut dilakukan di bawah pentadbirannya untuk memastikan perbelanjaan pembiayaan lawatan rasmi kerajaan ke luar negara diuruskan secekap yang mungkin.

Tambahnya, syarikat yang membantu itu juga mempunyai kepentingan perniagaan dan pelaburan di negara ini.

Bagaimanapun, ada pihak yang dilihat seolah-olah kurang senang dengan usaha Anwar untuk mengurangkan perbelanjaan negara dengan cara tersebut apabila mereka tampil mempersoalkannya.

Buka pintu persoalan mengenai konflik kepentingan

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan tindakan kerajaan menerima tajaan kos lawatan daripada syarikat swasta itu telah membuka pintu persoalan mengenai konflik kepentingan.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan sama ada benar pihak berkenaan begitu bermurah hati atau menganggapnya sebagai pelaburan strategik dengan pulangan dijanjikan.

Tidak kurang juga ada pihak yang membangkitkan persoalan sama ada inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan itu memenuhi tatakelola seperti apa yang diperjuangkan Kerajaan Madani selama ini.

Hal ini kerana mereka bimbang sekiranya syarikat swasta yang memberikan tajaan tersebut akan mendapat imbuhan tertentu.

Pemuda PAS desak kerajaan dedahkan senarai nama syarikat yang taja

Selain itu, Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimim Taib Azamudden juga mendesak kerajaan mendedahkan kepada umum senarai nama syarikat yang menanggung kos perjalanan bagi lawatan rasmi Perdana Menteri itu.

Afnan yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat berkata, orang ramai juga perlu mengetahui sekiranya terdapat sebarang pulangan perniagaan (ROI) yang berjaya diperolehi oleh syarikat-syarikat terbabit.

“Berapakah jumlah sebenar kos yang ditanggung oleh setiap syarikat dan nyatakan pecahan perbelanjaan mengikut syarikat terbabit.

“Apakah bentuk tatakelola yang diamalkan bagi mengelakkan unsur salah guna kuasa dan rasuah jika syarikat terlibat mendapat peluang perniagaan dari kerajaan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.