fbpx
Now Reading
Lelaki Ikat & Seret Kucing: Si Bulus Telah Diselamatkan & Kes Disiasat Pihak Berkuasa – Persatuan Haiwan

Lelaki Ikat & Seret Kucing: Si Bulus Telah Diselamatkan & Kes Disiasat Pihak Berkuasa – Persatuan Haiwan

Terdahulu, Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran RM3,000 buat saksi utama yang tampil membuat laporan dan menjadi saksi sehingga si pelaku dijatuhi hukuman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada hujung minggu lalu, tular di media sosial perbuatan kejam seorang individu yang mengheret seekor kucing yang diikat tali pada leher haiwan berkenaan.

Insiden kejam itu dirakam oleh individu lain yang kebetulan berada di lokasi dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah kawasan perumahan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan kejam individu berkenaan sanggup mengheret si bulus hingga haiwan tersebut meronta kesakitan dan keluar cecair dipercayai air kencing dari badannya ketika diseret.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu nyata mengundang kemarahan pengguna media sosial hingga ramai yang mahu si pelaku dikenakan tindakan undang-undang atas tindakan kejamnya.

Posted by Ha Ho Hi on Friday 22 November 2024

Lelaki Kini Sedang Disiasat & Kucing Telah Diselamatkan

Terbaharu, menerusi satu hantaran terkini di Facebook Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) mendakwa lelaki yang terlibat dalam kejadian itu sedang disiasat oleh pihak berkuasa.

Kucing malang dalam kejadian itu juga telahpun diselamatkan oleh Jabatan Veterinar bagi pemeriksaan lanjut.

“Kami dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah segera menyelamatkan kucing tersebut untuk pemeriksaan lanjut. Lelaki yang terlibat kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.

“Walaupun langkah awal telah diambil, kami mendesak agar siasatan ini diselesaikan segera dan pelaku dikenakan hukuman yang setimpal mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772), Seksyen 29,” tulis mereka dalam kenyataan tersebut.

KEKEJAMAN TERHADAP KUCING DI THE SCOTT GARDEN: SERUAN KEADILAN DI BAWAH AKTA KEBAJIKAN HAIWAN 2015 Pada 23 November…

Posted by Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia – SAFM on Sunday 24 November 2024

Kes Dirujuk Kepada Jabatan Veterinar Untuk Siasatan – Polis

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pihaknya menyerahkan kepada Jabatan Veterinar bagi membuat siasatan berhubung kes penganiayaan seekor kucing yang berlaku di sebuah apartment servis yang terletak di ibu kota seperti dalam video yang tular.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, polis daerah Brickfields telah menerima satu laporan berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 5.38 petang Sabtu (23 November).

Jelas Rusdi, pengadu yang berada di kondominium yang sama melihat satu rakaman video berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.26 petang.

“Pengadu telah melihat satu rakaman video di aplikasi Xiaohongshu.com terdapat individu tidak dikenali melakukan penderaan seekor kucing dengan cara menarik tali yang diikat pada leher kucing tersebut.

“Di dalam video itu tertera alamat lokasi kejadian di ruang komen iaitu di sebuah blok apartmen servis di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Pengadu tampil membuat laporan untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Tambahnya lagi, kes berkenaan dirujuk kepada Jabatan Veterinar bagi tindakan dan siasatan lanjut yang akan dijalankan mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Malah, laporan polis dan rakaman video berkenaan telahpun diserahkan kepada pihak penguatkuasa Jabatan Veterinar Kuala Lumpur bagi tujuan siasatan tersebut.

Terdahulu, Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran RM3,000 buat saksi utama yang tampil membuat laporan dan menjadi saksi sehingga si pelaku dijatuhi hukuman.

KUCING DISERET TERCEKIK HINGGA TERKENCING

Kucing diikat menggunakan leash di leher diseret tanpa dipedulikan oleh seorang lelaki Cina sehingga kucing terkencing menahan kesakitan. Perlakuan inj dilapirkan kepada Animal Malaysia pada jam 2.44 petang tadi dan lokasi kezaliman ini adalah di Scott Garden Soho Kuala Lumpur. Kali ini pihak berkuasa PDRM dan Timbalan Pendakwa Raya tidak boleh menganggap kes seumpama ini sebagai satu kemalangan atau kesilapan kecuaian sebaliknya Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 boleh digunapakaj : “dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan, menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya, atau, sebagai pemunya, membenarkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada mana-mana haiwan;” Ini memandangkan terdapat dua kes di Pulau Pinang di mana masing-masing seekor kucing (pelaku lelaki Cina) dan seekor anjing (pelaku lelaki India) cedera parah akibat tergantung di belakang kenderaan dalam keadaan diikat dan diseret sewaktu kenderaan sedang bergerak. Ruang alasan untuk melepaskan penjenayah perlu ditutup sepenuhnya dan pendakwaan perlu dilakukan supaya keadilan terhadap haiwan dapat berjalan dengan baik. Animal Malaysia meminta saksi utama yang merakam kejadian ini tampil membuat laporan polis dan pengesahan pelaku penjenayah ini suapaya Sistem Keadilan Jenayah Haiwan dapat dijalankan dengan baik. Animal Malaysia sudi menawarkan ganjaran sebanyak RM3,000 (untuk urusan pengurusan) kepada saksi utama yang tampil buat laporan, jadi saksi dengan konsisten hingga penjenayah ini dapat ditangkap, berjaya didakwa dan dijatuhi hukuman terhadap perlakuan zalim yang dilakukan sepanjang tempoh urusan keadilan berjalan. Para penyiasat bertanggungjawab juga boleh dengan kuasa siasatan yang ada merujuk kepada pihak pengurusan bangunan untuk mendapatkan footage CCTV sebagai bukti mesin yang ada. Arie Dwi Andika Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Pengerusi Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang & Penyiasatan Malaysia 23 November 2024 @ Kuala Lumpur #haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation #kemahiranhaiwan #TVET

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Saturday 23 November 2024

[Terkini] Polis Dedah Suspek Telah Ditahan Pada Ahad Lalu

Terbaharu, Rusdi mendedahkan suspek yang terlibat dalam insiden tersebut telahpun ditahan polis pada Ahad (24 November) lalu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, telah membuat tangkapan ke atas suspek berusia 43 tahun di kediamannya pukul 6.10 petang semalam.

“Satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Malah, permohonan reman terhadap suspek juga akan dipohon mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi melengkapkan siasatan.

Baca Artikel Berkaitan: Animal Malaysia Tawar Ganjaran RM5,000 Cari Suspek Rendam 15 Ekor Anak Kucing Hingga Mati

Baca Artikel Berkaitan: Kejam! ‘Oyen’ Cedera Kerana Dipanah Individu Tidak Bertanggungjawab

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.