fbpx
Now Reading
Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Ada Pihak Tiada Kepakaran Pertikai Fatwa

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Ada Pihak Tiada Kepakaran Pertikai Fatwa

Pada masa yang sama, baginda turut menzahirkan rasa bimbang terhadap pengalaman tasawuf dan tarekat yang tidak tepat serta penyampaian daripada guru yang tiada tauliah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika terdapat sebarang kemusykilan terutamanya yang melibatkan hukum agama Islam, Jawatankuasa Fatwa memainkan peranan penting dalam menjelas dan menghuraikan jawapan kepada sesuatu isu.

Malaysia sendiri mempunyai Jawatankuasa Fatwa peringkat kebangsaan malah setiap negeri juga mempunyai jawatankuasa fatwa mereka sendiri yang dipengerusikan oleh mufti.

Apabila melibatkan isu dan hukum agama, sudah pastinya terdapat pelbagai proses yang perlu dilalui dengan teliti sebelum jawatankuasa ini memutuskan jawapan akhir mengenai sesuatu perkara.

Pun begitu, masih ada lagi segelintir pihak yang dilihat seolah-olah mempertikaikan keputusan atau jawapan daripada jawatankuasa ini.

Sultan Selangor Luah Rasa Dukacita Ada Yang Pertikai Fatwa

Terbaharu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita baginda apabila ada umat Islam yang tiada kepakaran dalam isu syarak bertindak mempersoal dan mempertikai fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor.

Titah baginda, proses pembuatan fatwa bukanlah mudah sebaliknya ia dilakukan dengan teliti dan mengambil pandangan ramai pihak khususnya anggota jawatankuasa fatwa serta pakar hukum syarak.

Tambah Sultan Sharafuddin lagi, proses berkenaan kemudiannya diangkat bagi mendapat perkenan baginda sebelum diwartakan.

“Beta menyeru segelintir umat Islam yang sering mempersoal tentang fatwa untuk memahami terlebih dahulu fatwa yang dikeluarkan.

“Rujuk pihak berkuasa agama jika terdapat sebarang kekeliruan atau persoalan berbangkit,” titah baginda yang dipetik daripada Sinar Harian.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pada hari ini.

Malah, semasa perasmian program tersebut, Majlis Pelancaran Jurnal Fatwa dan Falak Selangor (Juffas), Sistem Taudhih Al-Ahkam dan Sistem e-Falak Selangor turut diadakan.

Zahir Rasa Bimbang Terhadap Amalan Tasawuf & Tarekat Yang Tidak Tepat

Memetik Utusan Malaysia, baginda turut menzahirkan rasa bimbang terhadap pengalaman tasawuf dan tarekat yang tidak tepat serta penyampaian daripada guru yang tiada tauliah.

“Terdapat golongan yang tidak memahami ilmu itu dengan tepat atau yang belajar dari guru yang tidak berkelayakan dan tiada tauliah lalu dia menyebarkan secara meluas ilmu atau fahamannya kepada orang ramai.

“Beta melihat penyelesaian terhadap isu ini adalah dengan memberi kefahaman yang betul kepada masyarakat melalui usaha-usaha agensi agama mahupun institusi-institusi terlibat dengan pengajaran Islam yang sebenar,” titah baginda lagi.

Tidak hanya itu, baginda turut menggesa agar tindakan penguatkuasaan dipertingkatkan bagi menangani fahaman ekstremis dan ajaran sesat yang boleh mencemar nama baik agama Islam khususnya di Selangor.

Gesa JAIS Pastikan Penceramah Mempunyai Tauliah

Baginda juga menggesa agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memastikan semua penceramah khususnya yang menyampaikan berkaitan akidah, syariah, pengajaran ilmu dan tasawwuf mempunya tauliah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sultan Sharafudin turut mencadangkan agar diwujudkan panduan atau silibus khas serta peraturan khusus mengenai pengalaman tasawwuf dan terekat di Selangor.

Baca Artikel Berkaitan: Sultan Selangor Amat Dukacita Dengan Kenyataan Abdul Hadi

Baca Artikel Berkaitan: Isu GISBH: Sultan Selangor Titah Percepat Proses Tindakan Lanjut

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.