fbpx
Now Reading
Kerajaan Johor Wajibkan Lelaki Islam Tinggal & Tutup Sementara Perniagaan Ketika Solat Jumaat

Kerajaan Johor Wajibkan Lelaki Islam Tinggal & Tutup Sementara Perniagaan Ketika Solat Jumaat

Menurut Exco Johor, Mohd Fared, kelonggaran diberikan kepada pelanggan dan pemilik ‘non-Muslim’ atau pekerja wanita Islam untuk terus menjalankan urusan perniagaan di premis masing-masing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, lelaki yang beragama Islam diwajibkan untuk menunaikan Solat Jumaat secara berjemaah di masjid mahupun surau ketika masuknya waktu Zuhur.

Mana-mana individu khususnya lelaki yang sudah akil baligh adalah berdosa jika meninggalkan ibadah terbabit secara sengaja.

Bagaimanapun, tidak dinafikan masih ada segelintir kaum Muslimim yang terpaksa meninggalkan Solat Jumaat kerana urusan duniawi.

Kerajaan Johor wajibkan lelaki Islam tinggalkan dan tutup perniagaan ketika solat Jumaat

Terbaharu, kerajaan Johor mewajibkan para pelanggan dan pemilik premis perniagaan lelaki yang beragama Islam untuk meninggalkan urusan perniagaan atau menutup sementara premis ketika solat Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, perkara itu bagi membolehkan golongan terbabit menjalankan tanggungjawab menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan.

Non-Muslim dan wanita Islam diberi kelonggaran untuk jalankan perniagaan

Namun, menurutnya kelonggaran diberikan kepada pelanggan dan pemilik ‘non-Muslim’ atau pekerja wanita Islam untuk terus menjalankan urusan perniagaan di premis masing-masing.

“Mereka yang kena tinggalkan jual beli ini adalah orang lelaki, orang Islam, maka orang inilah jangan berniaga dan jangan berkerja (ketika solat Jumaat).

“Kenapa lelaki Islam pergi makan ketika solat Jumaat, kenapa berniaga ketika orang sembahyang Jumaat.

“Kita akan laksanakan penguatkuasaan bagi memastikan semua lelaki yang wajib solat Jumaat menunaikan kewajipan mereka,” katanya dipetik Berita Harian.

Pekerja Islam yang berdepan isu diskriminasi tunaikan solat Jumaat diminta buat aduan

Menurutnya lagi, pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Januari tahun depan diminta membuat aduan berhubung perkara itu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JKT) Negeri Johor.

Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah itu, majikan yang ingkar dengan tidak memberi waktu rehat mencukupi pada setiap Jumaat boleh dikenakan tindakan.

“Sesiapa yang tidak membenarkan pekerja menunaikan solat Jumaat atau waktu solat pada waktu kerja mereka disusahkan, maka pekerja boleh mengadu perkara itu kepada JTK di bawah Akta Pekerja kerana diskriminasi dan majikan terlibat akan diambil tindakan,” katanya.

Terdahulu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengumumkan cuti hujung minggu negeri berkenaan akan ditetapkan kembali pada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari depan.

Titah Tunku Mahkota Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ, penetapan tersebut dibuat selepas mendapat perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Selain itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri itu sedang mempertimbang cadangan untuk membuat perubahan waktu untuk pekerja awam di negeri terbabit selama empat hari setengah.

Baca Artikel Berkaitan: Johor Pertimbang Cadangan Tukar Waktu Kerja 4 Hari Setengah Seminggu Untuk Sektor Awam

Baca Artikel Berkaitan: Jual Beli Secara Online Ketika Solat Jumaat Adalah Haram

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.