Kerajaan Tak Berhasrat Benarkan Kenderaan Asing Guna RON95
Menurut Kementerian Ekonomi, ia adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sekitar bulan Ogos lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dilaporkan akan mempertimbangkan cadangan membenarkan kenderaan bernombor pendaftaran Brunei membeli petrol RON95 bersubsidi dari stesen minyak di sekitar Miri, Sarawak.
Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali sebelum ini berkata, beliau akan membawa cadangan itu kepada Kementerian Kewangan dalam satu sesi perbincangan dalam masa terdekat, lapor Utusan Borneo.
“Kita akan memperhalusi cadangan ini dengan melihat data-data tertentu dan pada masa sama mengambil kira bekalan petrol RON97 di Sarawak khususnya di Miri. (Kita juga akan melihat) kawasan tumpuan pelawat atau pelancong dari Burnei untuk menentukan sama ada terdapat masalah bekalan RON97 di kawasan itu.”
Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali
Kerajaan tak berhasrat benarkan kenderaan asing isi RON95
Terbaharu, kerajaan tidak berhasrat untuk membenarkan kenderaan milik bukan warganengara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95.
Kementerian Ekonomi berkata, ia adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
“Pelaksanaan (penyasaran) subsidi RON95 pada 2025 dijangka memberi penjimatan sebanyak RM3.6 bilion kepada perbelanjaan kerajaan atau pengurangan sebanyak 21.9 peratus kepada keseluruhan perbelanjaan subsidi jika hanya diberikan kepada golongan B85 dan warganegara Malaysia.
“Langkah memastikan penyasaran subsidi RON95 tidak melibatkan bukan warganegara pula akan memberi manfaat penjimatan sebanyak RM0.3 bilion (2.0 peratus) kepada kerajaan,” kata dipetik Sinar Harian.
Kementerian Ekonomi berkata demikian menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam (25 November) bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman mengenai cadangan KPDN itu.
Penyasaran subsidi RON95 tahun depan, semak kelayakan dengan cara imbas MyKad
Kerajaan juga akan melaksanakkan penyasaran subsidi RON95 pada pertengahan 2025 yang meliputi 85% rakyat dan ditentukan berdasarkan perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) isi rumah.
Rancangan kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol itu telah mengundang pelbagai persoalan daripada orang ramai tentang bagaimana penentuan kelayakan seseorang itu untuk membeli RON95.
Menteri Ekomomi, Rafizi Ramli berkata, subsidi petrol itu berkemungkinan akan diberikan kepada mereka yang layak sahaja dengan cara mengimbas kad pengenalan.
Jelas beliau lagi, penyasaran ini akan beralih dari subsidi jenis pukal kepada subsidi bersasar bagi mengelakkan berlakunya sebarang ketirisan.
“Seseorang pembeli perlu mengimbas MyKad di stesen minyak. Identitinya itu akan disemak dengan pangkalan data untuk mengesahkan kelayakan. Mereka yang layak akan menerima harga bersubsidi untuk petrol RON95,” kata Rafizi.
Baca Artikel Berkaitan: Mungkin Guna MyKad Untuk Semak Kelayakan Terima Subsidi Petrol RON95 – Rafizi Ramli [Video]
Baca Artikel Berkaitan: