fbpx
Now Reading
Pernah Digantung Kerana Kritik Parti, UMNO Tarik Semula Penggantungan Keahlian Tajuddin

Pernah Digantung Kerana Kritik Parti, UMNO Tarik Semula Penggantungan Keahlian Tajuddin

Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi berkata, keputusan penarikan semula penggantungan Tajuddin dilakukan selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggantungan keahlian UMNO buat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dilakukan sejak dua tahun lalu telah ditarik serta merta berkuat kuasa semalam (25 November).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara melepaskan dan menarik semula penggantungan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembangaan UMNO

Menurusi kenyataan yang dibuat naik di laman Facebook miliknya, Asyraf berkata keputusan tersebut dilakukan selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

“MKT sebulat suara untuk menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli UMNO berkuat kuasa serta merta selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO,” katanya.

Tajuddin digantung keahlian UMNO kerana kritik parti

Sebelum ini, Tajuddin digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti.

Difahamkan, beliau pernah mengemukakan rayuan sebanyak empat kali sepanjang tempoh digantung keahliannya, namun tidak mendapat sebarang maklum balas daripada parti terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: PRN 6 Negeri: Tajuddin Enggan Kempen Untuk UMNO, Sudah 4 Kali Buat Rayuan Penggantungan Keahlian

Othman Desa dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Dilantik

Dalam pada itu, Asyraf berkata, MKT turut melantik Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Dilantik.

Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi memaklumkan UMNO akan memulakan Sekolah Politik yang akan dibuka kepada semua rakyat Malaysia bermula awal tahun depan.

“Sekolah Politik itu akan memfokuskan kepada ilmu asas kenegaran, perlembagaan, dinamika politik demokrasi, politik khidmat dan bakti kepada rakyat,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.