fbpx
Now Reading
ATM Siasat Kes Kematian Pelatih Palapes UiTM

ATM Siasat Kes Kematian Pelatih Palapes UiTM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa kes tersebut kini sedang dalam siasatan oleh Cawangan Provos Marsyal, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (27 November) kami ada melaporkan tentang dakwaan seorang bapa mengenai kematian anaknya sewaktu menyertai sesi latihan seliaan jurulatih tentera di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Memetik MalaysiaKini, Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UiTM telah meninggal dunia pada 13 November lalu.

Dakwa bapa mangsa, Muhammad Zaidi Abdul Rahman. kematian arwah anaknya berlaku selepas didera secara fizikil ketika menjalani sesi latihan ketenteraan itu.

Baca artikel berkaitan: Bapa Dakwa Anak Meninggal Dunia Akibat Didera Ketika Jalani Latihan Palapes UiTM

Terbaharu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa kes tersebut kini sedang dalam siasatan oleh Cawangan Provos Marsyal, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

ATM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai laporan media tempatan berhubung dakwaan seorang bapa terhadap kematian anaknya sewaktu menyertai sesi latihan seliaan jurulatih tentera.

“ATM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi atau berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat di dalam kes tersebut.

“Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah.”

ATM juga menggesa agar masyarakat memberi ruang kepada ATM menyiasat perkara ini secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya.

“Selain itu, masyarakat juga diseru agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan yang dilaksanakan,” kata kenyataan itu lagi.

Tambah ATM, segala perkembangan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.