fbpx
Now Reading
Dr Dzulkefly Menangis Dengar Pesakit Di Tenom Meninggal Dunia Kerana Tak Mampu Tanggung Kos Rawatan [Video]

Dr Dzulkefly Menangis Dengar Pesakit Di Tenom Meninggal Dunia Kerana Tak Mampu Tanggung Kos Rawatan [Video]

Menteri Kesihatan itu dilihat agak beremosi sehingga suaranya tersekat-sekat ketika memulakan sesi Penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 Peringkat Jawatankasa Bagi KKM.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memang benar wang bukanlah segalanya, ia tidak mampu menjamin kebahagiaan. Namun, jika tidak mempunyai wang, sudah pasti banyak perkara yang terbatas untuk dilakukan.

Seperti kisah seorang penduduk Tenom, Sabah ini yang memilih tidak membuat rawatan dialisis kerana masalah kewangan sehingga mengorbankan nyawanya sendiri.

Kisah penuh emosi itu diceritakan sendiri oleh Ahli Parlimen Tenom dari parti bebas, Riduan Rubin di Dewan Rakyat pada semalam (26 November).

Kisah pesakit dialisis di Tenom buat air mata Dr Dzulkefly gugur

Perkara terbabit mendapat perhatian Ahli Parlimen yang lain termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Dzulkefly Ahmad sehingga menitiskan air matanya.

Dr Dzulkefly dilihat agak beremosi sehingga suaranya tersekat-sekat ketika memulakan sesi Penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 Peringkat Jawatankasa Bagi KKM.

“Setiap seorang kita mungkin sudah mendengar perbahasan sahabat Ahli Yang Berhormat (YB) lain yang sebentar tadi di penghujung (perbahasan), YB Tenom menceritakan betapa rakyatnya akhirnya menderita.

“Fasiliti umpama dialisis dan hemodialisis yang bukan saja sukar didapati, tetapi tidak mampu membayar caj RM80 yang dikenakan setiap sesi… malah ada yang perlu bayar dengan RM120.

“Ditambah dengan kos pengangkutan, akhirnya mereka memilih untuk tidak melakukan dialisis dan berakhir apabila ia dibayar dengan nyawa. Kesemua ini mengingatkan saya akan tanggungjawab besar, (menangis) menteri yang…,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau kemudiannya diarahkan untuk duduk dan minum air oleh Ahli Parlimen yang mempengerusikan persidangan itu, Datuk Mohd Shahar Abdullah untuk menenangkannya dahulu.

Rakyat tak wajar dicaj sekiranya perlu dibayar dengan nyawa

Sebaik meneguk secawan air, Dr Dzulkefly berkata, caj berkenaan sebenarnya tidak wajar dikenakan kepada rakyat sekiranya terpaksa dibayar dengan nyawa.

“Saya mahu menjawab soalan YB Tenom walaupun yang terakhir, caj yang kepada rakyat tidak berkemampuan itu tidak wajar dikenakan oleh kerajaan kalau sampai akhirnya dibayar dengan nyawa.

“Tenom (juga) menceritakan pelbagai permintaan khususnya daripada klinik YB dibariskan yang saya kira pastinya layak untuk dipertimbangkan dengan serius kerana saya teringat mantera rawatan kesihatan sejagat (UHC) dengan tidak meminggirkan sesiapa pun daripada mendapat rawatan kesihatan perubatan yang dituntut negara di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.