BNM Arah Penanggung Insurans & ITO Semak Semula Harga Jadi Kemenangan Pertama Rakyat – Sim Tze Tzin
Menurut BNM, pihaknya peka mengenai kebimbangan penentuan semula harga insurans perubatan dan kesihatan (MHIT) oleh pengendali takaful (ITO) yang telah memberikan impak terhadap pemegang pencarum.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ketika ini, isu kenaikan premium insurans sedang hangat diperkatakan di media sosial, di mana rata-rata pencarum tidak berpuas hati dengan perkara itu.
Hal ini kerana, kenaikan terbabit menyebabkan komitmen bulanan mereka semakin bertambah sekali gus memberi bebanan.
Malah, ada yang mendakwa pihak atau syarikat insurans yang diambil tidak menyatakan sebab yang munasabah atas kenaikan itu.
BNM arah penanggung insurans dan ITO semak strategi penentuan semula harga
Terbaharu, Bank Negara Malaysia (BNM) yang cakna akan isu berkenaan telah mengarahkan penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) untuk menyemak strategi penentuan semula harga untuk memastikan pelaksanaan yang lebih wajar.
BNM menerusi satu kenyataan semalam (28 November) berkata, hal ini termasuk menguruskan secara berterusan kenaikan premium atau sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi (peserta takaful).
“Di samping itu, ITO dikehendaki menyediakan pilihan penyelesaian yang sesuai untuk pemegang polisi/peserta yang sangat terkesan disebabkan oleh peningkatan premium/sumbangan bagi terus mempunyai perlindungan insurans/takaful.
“ITO juga perlu memastikan pilihan penyelesaian yang disediakan adalah bermakna dan menyediakan langkah-langkah tambahan untuk menyokong pemegang polisi/peserta takaful yang terjejas.
“Maklumat lanjut mengenai pilihan tersedia akan diumumkan oleh industri insurans/takaful dalam masa terdekat,” katanya.
BNM peka dengan kebimbangan ‘repricing’ insurans perubatan dan kesihatan
Menurut BNM, pihaknya peka mengenai kebimbangan penentuan semula harga insurans perubatan dan kesihatan (MHIT) oleh ITO yang telah memberikan impak terhadap pemegang pencarum.
“BNM kekal komited bagi memastikan orang ramai terus mempunyai akses kepada produk insurans dan takaful yang bersesuaian,” katanya lagi
Kos penjagaan kesihatan meningkat berikutan inflasi
Menurut bank pusat itu lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kos penjagaan kesihatan telah meningkat dengan ketara berikutan inflasi kos perubatan dan peningkatan penggunaan perkhidmatan dan prosedur perubatan.
“Oleh itu, pembaharuan yang komprehensif dan terlaras untuk membendung inflasi kos perubatan adalah sangat penting bagi memastikan akses berterusan kepada produk perlindungan MHIT yang bersesuaian.
“Pihak berkepentingan yang relevan (termasuk ITO, Kementerian Kesihatan, Persatuan Hospital Swasta Malaysia, pengamal perubatan, kumpulan pengguna, pemegang polisi/peserta takaful) dan BNM perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat ini,” ujar BNM.
Tindakan BNM jadi kemenangan pertama buat rakyat – Sim Tze Tzin
Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menerusi satu ciapan di akaun X miliknya berkata, tindakan BNM itu merupakan kemenangan pertama buat rakyat yang menyuarakan tentang kenaikan melampau premium insurans berkenaan.
“Selepas rakyat bersuara, hari ini BNM keluar kenyataan. Ini kemenangan pertama rakyat, tapi ia belum berakhir. Ayuh kita teruskan,” ciapnya.
Selepas Rakyat bersuara, hari ini @BNM_official keluar kenyataan “menghendaki syarikat insurans (ITO) untuk menyemak strategi penentuan semula harga untuk
— SimTzeTzin 沈志勤 🇲🇾 (@simtzetzin) November 28, 2024
memastikan pelaksanaan yang lebih wajar.”
Rakyat won first battle, the war is not over yet.
Let’s keep fighting 💪🏻 pic.twitter.com/ttb5dNKJCC
Kenaikan premium insurans boleh menambah beban kepada hospital kerajaan
Terdahulu, Sim berharap BNM tidak melepas tangan dengan memberi alasan perkhidmatan insurans adalah ‘business decision’ oleh syarikat.
“Dengan kenaikan premium insurans yang naik mendadak, kami mendapati bahawa ada pencarum sudah berhenti mencarum.
“Mereka sekarang terpaksa kembali ke hospital kerajaan. Ini secara tidak langsung menambah beban kepada hospital kerajaan dan golongan B40 menjadi mangsa kerana terpaksa menunggu lebih lama,” kata Sim.
Baca Artikel Berkaitan: