fbpx
Now Reading
Cadangan Kerajaan Kelantan Jadikan Banjir Produk Pelancongan Adalah Dangkal – Asyraf Wajdi

Cadangan Kerajaan Kelantan Jadikan Banjir Produk Pelancongan Adalah Dangkal – Asyraf Wajdi

Menurut Setiausaha Agung UMNO itu, banjir adalah musibah yang melibatkan nyawa, keselamatan dan kerugian harta benda rakyat di negeri itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap tahun, negeri-negeri di utara dan pantai timur iaitu Kedah, Kelantan serta Terengganu akan dilanda banjir akibat peralihan monsun timur laut yang menyebabkan hujan lebat berterusan sehingga paras air sungai meningkat.

Bencana sebegini tentunya menjadi berita duka buat penduduk di sana yang terpaksa menanggung kerugian akibat kemusnahan harta benda yang ditenggalami air, lebih memilukan ada yang kehilangan nyawa.

Pun begitu, siapa sangka Exco Kerajaan PAS Kelantan melihat perkara itu sebagai satu peluang mempromosikan negeri berkenan dengan berhasrat untuk menjadikan banjir sebagai produk pelancongan.

Setiausaha Agung UMNO sifatkan cadangan itu sebagai dangkal

Cadangan itu sememangnya mendapat kritikan ramai orang di media sosial, bahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut menyifatkannya sebagai dangkal.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya semalam (28 November), Asyraf berkata, banjir adalah musibah yang melibatkan nyawa, keselamatan dan kerugian harta benda rakyat di negeri itu.

“Maaf saya tidak setuju dengan cadangan Exco Kerajaan Pas Kelantan mahu menjadikan Banjir sebagai produk pelancongan.

“Banjir adalah musibah yang perlu ditangani dengan baik, holistik dan berkesan kerana melibatkan keselamatan, nyawa dan kerugian harta benda serta tanam-tanaman milik rakyat,” katanya.

Seorang lelaki terkorban akibat bencana banjir di Kelantan

Menurutnya lagi, semalam sahaja di Pasir Puteh seorang lelaki telah menjadi korban bencana dan musibah banjir itu.

“Carilah idea lain untuk memajukan pelancongan Kelantan. Banyak lagi waktu lain untuk difokuskan untuk pelancongan.

“Ketika ini rakyat mendambakan pertolongan kerajaan negeri dan pusat agar bergandingan menyelamatkan nyawa mereka serta membantu menghadapi musibah banjir yang makin kritikal,” tulisnya.

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat cecah puluhan ribu

Ujar Asyraf, setakat semalam, sudah 37,000 mangsa banjir yang dilaporkan telah dipindahkan selepas kediaman mereka ditenggalami air.

“Angkanya makin meningkat hinggakan pihak Ketua Jajahan Tumpat sendiri meminta bantuan saya untuk membenarkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat digunakan bagi tujuan penempatan mangsa banjir yang amat tinggi dan luar biasa pada kali ini,” katanya lagi.

Kelantan ‘sepi’ setiap kali musim tengkujuh

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamarudin Md Noor berkata, usaha jadikan banjir sebagai produk pelancongan akan dibuat memandangkan Kelantan ‘sepi’ tanpa kehadiran pelancong bila tiba musim tengkujuh.

Kata Kamarudin, kerajaan negeri sedang mengkaji langkah mempromosikan kegiatan seperti luncur air dan makanan tradisi musim tengkujuh untuk menarik pelancong.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.