fbpx
Now Reading
Hong Leong Bank, Agrobank Tawar Penangguhan Bayaran Serta Moratorium Buat Mangsa Banjir

Hong Leong Bank, Agrobank Tawar Penangguhan Bayaran Serta Moratorium Buat Mangsa Banjir

Tidak hanya itu, Agrobank dan Hong Leong Bank turut menawarkan penggantian dokumen secara percuma contohnya seperti kad debit, kad kredit dan penyata bank yang rosak atau hilang ketika banjir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui, banjir yang sedang melanda beberapa negeri di Malaysia sememangnya amat membimbangkan.

Banyak mangsa yang terlibat malah kediaman serta harta benda mereka turut rosak akibat daripada bencana itu.

Malah, sudah pastinya ada segelintir individu yang turut terkesan khususnya dari segi kewangan seperti kehilangan kad bank disebabkan bencana yang melanda.

Hong Leong Bank Tawar Bantuan Buat Mangsa Banjir

Prihatin dengan nasib individu yang terjejas akibat banjir, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank menawarkan penangguhan pembayaran sehingga enam bulan.

Penangguhan pembayaran ini adalah untuk kemudahan pinjaman dan pembiayaan termasuk kad kredit buat pelanggan Hong Leong yang terjejas akibat bencana itu.

Menurut Pengarah Urusan kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB Kevin Lam, melalui Program Bantuan Banjir, pihaknya menyasarkan untuk meringankan beban kewangan individu, Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro.

Penggantian Percuma Bagi Dokumen Bank & Pembiayaan Tambahan Buat Pelanggan PKS & Miro-Perusahaan Sedia Ada

Tidak hanya itu, Hong Leong Bank turut menawarkan penggantian percuma bagi dokumen seperti kad debit, kad kredit, cek dan penyata bank yang rosak atau hilang ketika banjir.

Malah, pembiayaan tambahan akan disediakan khusus buat pelanggan PKS dan mikro-perusahaan sedia ada bagi membantu mereka memulihkan perniagaan dengan bantuan modal.

We're here to help. For individuals, SME and microenterprise customers affected by the recent floods, we have mobilised…

Posted by Hong Leong Bank on Thursday 28 November 2024

Agrobank Turut Sama Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir

Sama seperti Hong Leong Bank, Agrobank turut tidak ketinggalan menawarkan bantuan buat mereka yang terkesan.

Pelan bantuan yang berbentuk tawaran moratorium sehingga enam bulan serta penggantian buku akaun serta kad bank secara percuma khusus buat pelanggan Agrobank yang layak.

Tawaran ini terbuka kepada pelanggan yang terjejas akibat banjir khususnya di Kelantan dan Terengganu serta negeri lain di Malaysia.

Menurut Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, pihaknya memahami pelanggan yang sedang berhadapan dengan kesukaran akibat bencana ini.

“Agrobank proaktif dalam merangka pelan-pelan khusus untuk meringankan beban yang dihadapi mereka dan diharapkan bantuan pembayaran ini dapat memberikan sokongan yang diperlukan dalam mengharungi tempoh yang mencabar ini.

“Saya dimaklumkan ada di antara pelanggan kami yang mengalami kerosakan harta benda, ladang dan kegiatan pertanian mereka.

“Kejadian ini secara tidak langsung memberi kesan kepada sumber pendapatan dan kelangsungan perniagaan mereka,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Info Mengenai Bantuan Banjir

Buat pelanggan Hong Leong Bank yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung Program Bantuan Banjir, anda boleh menghubungi Hong Leong Bank di talian 03-7959 1888 atau melayari laman web rasmi mereka.

Manakala, bagi pelanggan Agrobank pula, anda disarankan untuk menghubungi Pusat perkhidmatan Pelanggan ditalian 1300-88-2476 atau boleh memohon di laman web rasmi Agrobank.

Pelanggan juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan bank yang terdekat bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung bantuan berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.