fbpx

“Bimbang Boleh Timbul Salah Faham” – Tular Video Solat Dalam Banjir, Ini Respon Menteri Hal Ehwal Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan agar masyarakat tidak menjadikan bencana banjir sebagai satu gurauan berlebihan hingga boleh memudaratkan diri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu lalu, tular di media sosial video seorang lelaki sedang menunaikan solat di hadapan sebuah rumah dalam keadaan banjir.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakannya yang menunaikan ibadah tersebut dengan rukuk dan sujud dalam air banjir berkenaan.

Video tersebut nyata mencetus perdebatan di mana ada pengguna media sosial yang merasakan ia normal namun majoriti mengecam dan berpendapat tindakan tersebut seolah-olah mencemarkan imej agama Islam.

Tidak kurang juga ada yang mahu pihak berkaitan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: “Content Ke?” – Rakaman Lelaki Solat Dalam Banjir Cetus Perdebatan Namun Ada Yang Kata Ianya Sah [Video]

Jangan Jadikan Musibah Banjir Satu Gurauan Berlebihan – Mohd Na’im

Susulan video yang tular itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan agar masyarakat tidak menjadikan bencana banjir sebagai satu gurauan berlebihan hingga boleh memudaratkan diri.

Jelas beliau, selain boleh mendatangkan risiko keselamatan, tindakan sedemikian dibimbangi boleh menimbulkan isu penghinaan kepada agama.

“Tidak kira apa-apa tindakan pun asasnya jangan ada kemudaratan dan memudaratkan diri sendiri.

“Contohnya video solat dalam air, kalau tiba-tiba datang bah besar, (pelaku) boleh hanyut sekali.

“Selain itu dibimbangi boleh menimbulkan salah faham kepada masyarakat, boleh jadi seolah-olah satu penghinaan kepada agama,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Mahu Mangsa Banjir Pentingkan Aspek Keselamatan

Tambah Mohd Na’im lagi, beliau mahu masyarakat khususnya mangsa banjir agar sentiasa berhati-hati dan mengutamakan aspek keselamatan.

“Banyak video dikongsikan termasuk juga anak-anak kecil bermain banjir yang semua itu boleh membahayakan keselamatan mereka.

“Jadi perlu berhati-hati dan jangan campak diri kamu ke lembah kebinasaan,” katanya.

Terdahulu, selain mengundang kecaman, video tular itu turut mencetuskan perdebatan hingga ada yang mempersoal adakah solat pemuda berkenaan sah atau tidak.

Walau bagaimanapun, dalam satu ceramah terdahulu pada tahun 2019, penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), mendirikan solat dalam air adalah dibenarkan mengikut keadaan tertentu.

Seseorang itu dibolehkan mendirikan solat dalam air sekiranya tiada tempat daratan. Namun, ia tidak dibenarkan sekiranya ada daratan di sekitar lokasi tersebut.

Solat Jamak Ketika Banjir Tidak Dibolehkan

Ada juga pendapat yang mengatakan seseorang itu boleh melakukan solat jamak ketika banjir.

Walau bagaimanapun, berdasarkan perkongsian di Facebook IKIMfm, mangsa banjir tidak dibolehkan solat jamak ketika bencana berkenaan.

Ini kerana mangsa banjir lazimnya ditempatkan di dalam penempatan sementara yang tidak melibatkan jarak jauh.

Fiqh Banjir: Panduan Ibadah Musim Banjir 🌧️ Dalam menghadapi musim banjir, berikut adalah panduan ringkas untuk kekal…

Posted by IKIMfm on Friday 29 November 2024

Baca Artikel Berkaitan: “Elak Jadikan Solat Bahan Jenaka” – Ustaz Ini Tegur Trend Viralkan Video Solat

Baca Artikel Berkaitan: Hal Ibadah Tidak Dibuat Bahan Gurauan – Dr Zulkifli Jawab Isu Tongkat Khatib

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.