Tular Dakwaan MyKad 17 Juta Rakyat Malaysia Bocor Di ‘Dark Web’
Dalam ciapan sama turut dikongsikan beberapa gambar MyKad yang dipercayai telah dibocorkan dan dijual di laman gelap itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, kad pengenalan (IC) atau MyKad merupakan antara dokumen peribadi yang sangat penting dan perlu dijaga sebaik-baiknya.
Hal ini kerana nombor MyKad yang ada pada setiap orang boleh disalahguna oleh individu yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan dan sebagainya.
Oleh itu, kita sentiasa dinasihati agar tidak sesuka hati memberikan MyKad atau berkongsi gambar IC kepada mana-mana individu melainkan pegawai yang diberi kuasa.
Tular dakwaan MyKad 17 juta rakyat Malaysia bocor di ‘dark web’
Pun begitu, sejak semalam (3 Disember), tular satu dakwaan di media sosial yang mengatakan data MyKad seramai 17 juta rakyat Malaysia bocor dan dijual di lawan web gelap (dark web).
Ciapan yang dimuat naik di akaun X @stealthmole_int itu turut berkongsi beberapa gambar MyKad yang dipercayai telah dibocorkan itu.
“Didakwa bahawa data 17 juta MyKad warga Malaysia telah dibocorkan dan sedang dijual di web gelap. Sebagai bukti, mereka telah berkongsi secara terbuka sampel kad pengenalan Malaysia di web gelap.
“Pelanggaran data besar-besaran ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh membawa kepada jenayah serius seperti kecurian identiti dan penipuan kewangan,” ciapnya.
It is claimed that data of 17 million Malaysian🇲🇾 citizens' MyKAD has been leaked and is being sold on the dark web. As proof, they have publicly shared samples of Malaysian ID cards on the dark web. This massive data breach raises concerns as it could lead to serious crimes like… pic.twitter.com/MAXn5YUW8T
— Fusion Intelligence Center @ StealthMole (@stealthmole_int) December 3, 2024
Bukan kali pertama, pernah tular dakwaan pangkalan data pengguna Maybank bocor
Dakwaan sebegini bukanlah kali pertama berlaku, sebelum ini, tular di media sosial kononnya pangkalan data Malayan Banking Bhd (Maybank) yang mempunyai maklumat para pelanggannya telah bocor di dalam sebuah forum dark web.
Dakwaan yang tular itu sekali gus mencetuskan kebimbangan ramai memandangkan syarikat perbankan terbabit mempunyai ramai pengguna.
Bagaimanapun, Maybank yang cakna akan dakwaan terbabit telah tampil meyakinkan pelanggannya bahawa sistem mereka kekal selamat dan semua maklumat pelanggan dilindungi sepenuhnya.
Baca Artikel Berkaitan: Hanya Perlukan Nama & Tahun Lahir, Laman Web Ini Didakwa Mampu Bocorkan Data Peribadi Rakyat Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Data Peribadi 22 Juta Rakyat Malaysia Termasuk Menteri KDN Didakwa Bocor & Dijual Pada Harga RM44k
Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Data Pengguna Bocor Di Laman ‘Dark Web’, Ini Penjelasan Maybank