Isu MyKad: Tiada Kebocoran Data Atau Transaksi Mencurigakan Seperti Didakwa – JPN
Sebelum ini, kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut menafikan dakwaan kebocoran data kad pengenalan milik 17 juta rakyat Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada 3 Disember lalu, tular di media sosial dakwaan mengenai wujudnya kebocoran data kad pengenalan atau MyKad 17 juta rakyat Malaysia.
Hantaran yang dimuat naik di akaun X @stealthmole_In itu turut berkongsikan beberapa gambar MyKad yang dipercayai maklumatnya telah dibocorkan.
Ciapan tersebut nyata menarik perhatian pengguna media sosial khususnya rakyat Malaysia hingga ramai yang menyuarakan kebimbangan mereka.
It is claimed that data of 17 million Malaysian🇲🇾 citizens' MyKAD has been leaked and is being sold on the dark web. As proof, they have publicly shared samples of Malaysian ID cards on the dark web. This massive data breach raises concerns as it could lead to serious crimes like… pic.twitter.com/MAXn5YUW8T
— Fusion Intelligence Center @ StealthMole (@stealthmole_int) December 3, 2024
Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan MyKad 17 Juta Rakyat Malaysia Bocor Di ‘Dark Web’
Tiada Kebocoran Data & Transaksi Mencurigakan, Kata JPN
Terbaharu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan tiada kebocoran data atau transaksi mencurigakan dalam sistem mereka seperti dakwaan yang tular di media sosial.
JPN menerusi satu kenyataan menjelaskan, berdasarkan siasatan, dakwaan itu disifatkan tidak benar kerana tiada sebarang kes sedemikian pernah berlaku melibatkan sistem di jabatan terbabit.
“JPN sudah berhubung dengan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan diambil di pihak mereka.
“JPN akan sentiasa memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia yang berada di bawah jagaan JPN adalah terjamin dan selamat,” katanya.
DATA MYKAD 17 JUTA RAKYAT MALAYSIA DIDAKWA BOCOR Siasatan JPN mendapati tiada kebocoran data ataupun transaksi…
Posted by Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia on Wednesday 4 December 2024
Kerajaan Beri Jaminan Kesalamatan Data MyKad
Sebelum ini, kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut menafikan dakwaan kebocoran data kad pengenalan milik 17 juta rakyat Malaysia itu.
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasition Ismail, pemeriksaan rapi yang dilakukan oleh agensi keselamatan termasuk JPN mendapati dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.
Jelasnya, kerajaan memberi jaminan keselamatan data khususnya Mykad dengan memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan selamat.
“Dakwaan itu timbul dari seorang pengguna media sosial yang pamerkan beberapa keping Mykad, tapi dia dakwa 17 juta.
“Saya segera semak dengan JPN dan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) yang berfungsi sebagai pihak berkuasa keselamatan teknologi maklumat kerajaan dan kedua-duanya sahkan tiada insiden kebocoran dilaporkan.
“Kita minta orang ramai berhati-hati apabila terima maklumat sebegini, mudah sekali untuk sebarkan dengan papar beberapa keping dan beritahu 17 juta, saya harap perkara ini dihentikan,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.
Malah, Saifuddin turut memberi jaminan integriti data dan populasi rakyat adalah terpelihara di bawah pengawasan JPN.
Pada masa yang sama, kumpulan Dragon Force Malaysia menerusi hantaran di akaun X miliknya sebelum ini turut meminta agar orang ramai tidak menyebarkan dakwaan palsu tersebut sekiranya tiada info yang sah.
Baca Artikel Berkaitan: Hanya Perlukan Nama & Tahun Lahir, Laman Web Ini Didakwa Mampu Bocorkan Data Peribadi Rakyat Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Data Peribadi 22 Juta Rakyat Malaysia Termasuk Menteri KDN Didakwa Bocor & Dijual Pada Harga RM44k