Kualiti Perkhidmatan KLIA Diiktiraf Sebagai Yang Terbaik Di Dunia
KLIA telah tersenarai pada kedudukan pertama dalam 355 lapangan terbang bagi ranking Prestasi Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) Global.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sering menjadi tumpuan untuk para pengembara di Malaysia yang mahu keluar negara.
Menerusi laporan Astro Awani, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mendedahkan KLIA telah menerima trafik penumpang udara mencecah 80.3 juta bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini.
MAVCOM turut mendedahkan KLIA telah memberi perkhidmatan kepada 8.7 juta penumpang udara pada Ogos 2024 dan ia secara tidak langsung menunjukkan pertumbuhan sebanyak 12.7% daripada 7.7 juta penumpang yang dicatatkan pada Ogos 2023.
KLIA Diiktiraf Sebagai Perkhidmatan Lapangan Terbaik Di Dunia
Memetik laporan Bernama, KLIA telah tersenarai pada kedudukan pertama dalam 355 lapangan terbang pada ranking Prestasi Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) Global.
Berdasarkan laporan Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) bagi ‘ASQ Departures Passenger Satisfaction Report: KUL Benchmark Performance’ pada suku ketiga 2024, KLIA berjaya memperolehi skor penuh 5.00 dengan skala satu (lemah) hingga lima (cemerlang).
Pencapaian ini juga menunjukkan KLIA telah mengatasi skor kepuasan keseluruhan bagi Purata ASQ Global pada 4.32.
Dalam laporan yang sama, lapangan terbang ini turut menduduki tempat pertama daripada 20 lapangan terbang bagi kategori berikut:
- Purata Panel Kastam (1/20)
- Purata Asia-Pasifik (1/100)
- Purata Lebih 40 juta Penumpang (1/41)
Bagi pengalaman keseluruhan, KLIA mengekalkan skor sempurna 5.00 dengan beberapa purata berikut:
- Purata ASQ Global (4.19)
- Purata Panel Kastam (4.79)
- Purata Asia-Pasifik (4.65)
- Purata Lebih 40 Juta Penumpang (4.31)
Tinjauan kaji selidik ini dijalankan antara 1 Julai hingga 12 September 2024 dan ia turut meliputi maklum balas daripada 352 penumpang berumur 16 tahun ke atas.
KLIA Pernah Dinobat Sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia Pada 2022
Pada suku tahun kedua 2022, kajian Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) telah mengiktiraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipilih sebagai antara lapangan terbang terbaik di dunia.
Kejayaan itu juga dikecapi oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) selepas kedua-dua lapangan terbang ini meraih skor 5.00 dalam tinjauan oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).
Tinjaun yang dilakukan itu mengambil kira kepuasan penumpang secara keseluruhan daripada segi keselamatan, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan kawasan.
Baca Artikel Berkaitan: KLIA & LGK Dipilih Sebagai Antara Lapangan Terbang Terbaik Dunia
Baca Artikel Berkaitan: KLIA Duduki Tangga Ke-8 Lapangan Terbang Paling Teruk Di Asia, Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: KLIA & KLIA 2 Dijenamakan Semula Sebagai KLIA Terminal 1 & 2