fbpx
Now Reading
Presiden Yoga Nasihat Umat Islam Jangan Amalkan Yoga

Presiden Yoga Nasihat Umat Islam Jangan Amalkan Yoga

Presiden Persatuan Sukan Yoga Malaysia, Prof Dr Lingham Pillai turut menyatakan kebimbangan mengenai perkara itu kepadanya sambil mengemukakan bukti amalan yoga berasal daripada ritual Hindu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bersukan seperti berbasikal, joging, berenang atau bermain badminton, bola sepak serta futsal merupakan aktiviti yang bagus dan sihat.

Bahkan bersenam juga merupakan antara perkara bagus untuk dilakukan, maka tidak pelik lah jika ramai rakyat Malaysia yang gemar bersenam.

Antara senaman yang popular di negara ini adalah seperti zumba, aerobic, poco-poco dan yoga yang dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Presiden Yoga nasihat umat Islam tak sertai atau amalkan yoga

Pun begitu, Presiden Persatuan Sukan Yoga Malaysia (MYSA), Prof Dr Lingham Pillai menasihati umat Islam agar tidak menyertai atau mengamalkan yoga.

Menurutnya, hal ini kerana amalan yang selama ini hanya disifatkan sebagai satu bentuk senaman atau sukan oleh sebahagian orang itu sebenarnya berasal daripada ritual agama Hindu.

Ia diceritakan oleh Firdaus Wong, seorang pendakwah bebas sewaktu beliau dikunjungi Dr Lingham di pejabatnya di Setapak, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Firdaus berkata, Dr Lingham ada memohon pertolongannya untuk menguar-uarkan mengenai perkara itu kepada umat Islam agar tidak terjebak dengan amalan yoga, selain aktiviti itu juga bertentangan dengan fatwa.

Dr Lingham kemuka bukti yoga berasal daripada ritual Hindu

Ujar Firdaus, Dr Lingham turut menyatakan kebimbangan mengenai perkara itu kepadanya sambil mengemukakan bukti amalan yoga berasal daripada ritual Hindu.

“Dia mendesak untuk berjumpa saya dengan kadar sesegera mungkin. Katanya perkara ini sangat penting. Saya tertanya, kenapa cari saya?

“Hampir dua jam beliau berkongsi kebimbangannya dengan kami selain menunjukkan bukti demi bukti yang dibawa bersama. Sesuatu yang ‘highlight’ (perhatian utama) dari sesi hampir dua jam adalah kenyataan ini.

“Saya tahu yoga berasal daripada Hinduisme. Saya sendiri pun tidak akan mempromosikan ia kepada orang Islam. Sesiapa saja guru atau pusat tidak patut promosi ia kepada orang Islam.

“(Justeru) orang Islam tidak patut menyertai yoga kerana saya sendiri sebagai seorang beragama Hindu tahu bahawa yoga berasal daripada Hinduisme. Orang Islam sepatutnya menghormati fatwa daripada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang melarang orang Islam menyertainya.

“Dia beritahu, saudara mohon uar-uarkan kepada orang Islam jangan menyertai yoga kerana ia bertentangan dengan fatwa (dan) segelintir guru yoga,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.