fbpx
Now Reading
Disangka Jeritan Hantu, Rupanya Lelaki Terperangkap 3 Hari Dalam Perigi

Disangka Jeritan Hantu, Rupanya Lelaki Terperangkap 3 Hari Dalam Perigi

Ketika diselamatkan, pelancong warga China itu berada dalam keadaan lemah dengan kecederaan serius termasuk lebam, gegaran otak, dan pergelangan tangan yang patah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali masuk di dalam hutan, sudah tentu ada sahaja bunyi-bunyi pelik yang didengari boleh membuatkan bulu roma naik.

Bagi golongan yang mahir tentang selok-belok di dalam hutan, mereka sudah tahu bahawa bunyi tersebut datangnya daripada haiwan atau sebaliknya.

Namun, bagi orang biasa pula, pasti kebanyakannya akan memikir bahawa bunyi tersebut datangnya daripada makhluk halus.

Pelancong China terperangkap dalam perigi 3 hari, penduduk kampung sangka bunyi hantu

Seperti baru-baru ini, seorang lelaki yang juga pelancong warga China telah terperangkap di dalam perigi tersembunyi selama tiga hari selepas jeritannya meminta bantuan tidak dilayan penduduk kerana disangka bunyi hantu dari dalam hutan.

Detik cemas itu dilalui Liu Chuanyi yang berusia 22 tahun selepas dia terjatuh di dalam perigi terbabit yang terletak berhampiran sempadan Thailand-Myanmar.

Memetik The Indian Express, semasa kejadian berlaku, Liu dikatakan sedang meneroka kawasan hutan berhampiran Mae Sot, Wilayah Tak.

Terperangkap dan cedera, Liu menjerit minta tolong setiap sejam

Selain terperangkap di dalam perigi itu, Liu juga dilaporkan cedera dan berusaha meminta pertolongan dengan menjerit setiap satu jam untuk menjimatkan tenaganya.

Sayangnya, penduduk kampung yang mendengar jeritan itu menganggap ia adalah sesuatu yang ghaib menyebabkan berlaku kelewatan dalam usaha menyelamatkan Liu.

Bagaimanapun, bunyi misteri itu akhirnya membawa kepada satu laporan dibuat oleh penduduk kampung kepada pihak berkuasa tempatan dan pada 24 November lalu, polis bersama pasukan penyelamat telah memulakan siasatan.

Pasukan penyelamat ambil masa 30 minit untuk jumpa Liu dalam perigi

Setelah memasuki kawasan hutan terbabit, pasukan penyelamat berjaya menemui Liu setelah 30 minit pencarian dan segera mengangkatnya keluar dari perigi tersebut.

Ketika diselamatkan, Liu berada dalam keadaan lemah dengan kecederaan serius termasuk lebam, gegaran otak, dan pergelangan tangan yang patah.

Dia segera dibawa ke sebuah hospital di daerah itu, di mana doktor mengesahkan keadaannya kini stabil dan tidak lagi berada dalam bahaya.

Perigi yang tersebunyi di dalam hutan tebal itu kini telah ditanda untuk ditutup bagi mengelak kejadian serupa berlaku.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.