Kerajaan Disaran Kawal Caj Rawatan Hospital Swasta & Perkenal Insurans Mampu Milik
Senator Datuk C. Sivaraj turut mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan pelan insurans asas mampu milik bagi membantu golongan B40 dan M40 yang semakin terkesan akibat kenaikan premium insurans kesihatan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai kenaikan premium insurans kesihatan serta caj rawatan perubatan di hospital swasta.
Kenaikan harga ini menjadi bualan ramai kerana ia memberi kesan kepada komitmen bulanan sekali gus menambah beban bagi kebanyakan pencarum.
Isu ini turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin yang menggesa agar Bank Negara Malaysia (BNM) tidak lepas tangan dalam menangani kenaikan harga tersebut.
Malah, Sim juga sebelum ini turut menyatakan kekesalan apabila Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Dr Kuljit Singh mempertahankan isu kenaikan harga premium insurans kesihatan sebagai tidak sangsi dan berpatutan.
Ekoran daripada itu, BNM dalam satu kenyataan pada 28 November lalu telah mengarahkan penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) menyemak strategi penentuan semula harga.
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Lepas Tangan, BNM Digesa Siasat & Kaji Isu Kenaikan Premium Insurans
Baca Artikel Berkaitan: BNM Arah Penanggung Insurans & ITO Semak Semula Harga Jadi Kemenangan Pertama Rakyat – Sim Tze Tzin
Ahli Dewan Negara Cadang Kerajaan Kawal Caj Perubatan Swasta
Terbaharu, Ahli Dewan Negara Senator Datuk C. Sivaraj menyarankan agar kerajaan memperkenal dasar kawalan harga sebagai langkah utama untuk mengawal caj atau kos perubatan yang dikatakan semakin meningkat di hospital swasta.
Jelas beliau, Malaysia boleh menjadikan negara jiran seperti Singapura yang mengawal caj tersebut melalui skim nasional MediShield Life.
Turut Cadang Kerajaan Perkenal Insurans Mampu Milik
Pada masa yang sama, Sivaraj turut mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan pelan insurans asas yang mampu milik bagi membantu golongan B40 dan M40 yang semakin terkesan akibat kenaikan premium insurans kesihatan.
“Syarikat insurans perlu digalakkan menawarkan pelan asas dengan premium yang lebih rendah khusus untuk golongan M40 dan B40. Negara seperti Jerman dan Belanda sudah lama mempraktikkan kaedah ini,” katanya yang dipetik dari Bernama.
Cadang Kerajaan Pertimbangkan Pelaksaan Skim Insurans Berkonsepkan Risk Pooling
Tambah Sivaraj lagi, Malaysia seharusnya mempertimbangkan pelaksanaan skim insurans kesihatan berkonsepkan Risk Pooling seperti di Singapura bagi memastikan semua rakyat mendapat perlindungan kesihatan asas yang mencukupi.
“Melalui insurans kesihatan nasional, beban kos perubatan dapat diagihkan secara adil sekali gus memberikan jaminan perlindungan kesihatan untuk semua lapisan masyarakat,” ujarnya.
Beliau berpendapat dengan langkah itu, adalah penting untuk menangani tekanan terhadap sistem kesihatan negara dan memastikan kos perubatan tidak terus membebankan rakyat khususnya kepada golongan yang kurang mampu.
“Kesihatan adalah hak asasi manusia, bukan barang dagangan. Kita mesti bertindak segera untuk melindungi rakyat dan memastikan sistem kesihatan negara kekal berdaya tahan,” katanya lagi.
Syarikat Insurans & Pengendali Takaful Setuju Ambil Langkah Sewajarnya
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying memaklumkan ITO telah bersetuju untuk mengambil langkah sewajarnya termasuk meneliti semula cadangan menaikkan harga premium insurans kesihatan.
Jelas Lim, antara komitmen yang turut dipersetujui adalah pelarasan semula harga premium insurans secara berperingkat.
Malah, ITO juga akan memastikan wujudnya talian hotline khusus bagi setiap syarikat yang menawarkan caruman fleksibel, memberi pilihan pelan perkhidmatan berbeza serta menyediakan mekanisme yang lebih berkesan.
“Kerajaan peka mengenai kebimbangan penentuan semula harga insurans dan takaful perubatan serta kesihatan oleh penanggung insurans. Ia memberikan impak kepada pemegang polisi atau peserta takaful.
“Antaranya, ITO dikehendaki menyediakan pilihan penyelesaian bersesuaian untuk pemegang polisi yang sangat terkesan disebabkan peningkatan premium supaya mereka terus ada perlindungan (sama ada takaful atau insurans).
“Butiran lanjut mengenainya akan diumumkan tidak lama lagi,” jelasnya.
Lim berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan MP Kota Melaka mengenai langkah kerahaan dalam menangai isu inflasi perubatan sehingga ITO meningkatkan kadar premium secara drastik di Dewan Rakyat semalam (5 Disember).
Tambah Lim lagi, BNM turut komited dalam memastikan orang ramai mempunyai akses berterusan terhadap produk insurans takaful yang bersesuaian.
Baca Artikel Berkaitan: