fbpx
Now Reading
PU Azman Mengaku Bersalah Lakukan Kelucahan Melampau, Dipenjara 14 Bulan

PU Azman Mengaku Bersalah Lakukan Kelucahan Melampau, Dipenjara 14 Bulan

Hukuman penjara itu diberikan selepas PU Azman mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan kelucahan melampau kepada seorang remaja lelaki pada dua tahun yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (6 Disember) Mahkamah Majistret Klang telah menjatuhkan hukuman penjara selama 14 bulan ke atas pendakwah terkenal, Azman Syah Alias yang juga dikenali sebagai PU Azman.

Hukuman itu dijatuhkan selepas pendakwah tersebut mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan kelucahan melampau kepada seorang remaja lelaki pada dua tahun yang lalu.

PU Azman kemukan repsentasi pada Jabatan Peguam Negara pada Oktober

PU Azman yang berusia 43 tahun membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid sebaik repsentasi dikemukan terhadap Jabatan Peguam Negara diterima untuk menukar pengakuan sebelum ini yang tertuduh membuat pengakuan tak bersalah.

Repsentasi itu kemudiannya diterima oleh Jabatan Peguam Negara awal November selepas pendakwah selebriti mengemukakannya pada Oktober yang lalu.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah pada 10 Jun 2022

Tertuduh telah didakwa melakukan tindakan kelucahan melampau ke atas seorang remaja yang berusia 18 tahun di sebuah kediaman yang terletak di Jalan Sungai Bertek, Selangor jam 9.15 malam pada 10 Jun 2022.

Kesalahan yang dibuat oleh tertuduh disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun.

Prosiding mahkamah telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi dan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Syuhada Rosli. Manakala PU Azman pula turut diwakili oleh peguamnya iaitu Fahmi Adilah.

Ketika prosiding, Fahmi yang mewakili tertuduh turut meminta agar hukuman ringan diberikan kepada PU Azman dan memberitahu pengakuan bersalah dilakukan oleh anak guamnya disebabkan faktor keinsafan serta menyesal terhadap perbuatan itu.

Tertuduh juga berjanji kepada pihak mahkamah akan menjadi seorang individu yang baik dan berguna.

“Anak guam saya juga memohon maaf kepada pengadu (mangsa) yang terlibat dan kerajaan Malaysia, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta mahkamah yang mulia ini kerana mengambil masa ketika perbicaraan berlangsung (sebelum representasi diterima Jabatan Peguam Negara),” jelasnya, dipetik Bernama.

Pengakuan bersalah bukan faktor yang boleh diambil kira untuk kurangkan hukuman

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya dengan tegas mengatakan sebagai seorang pendakwah selebriti, perkara terbabit tidak sepatutnya dibuat ke atas pengadu yang pada waktu itu berusia 18 tahun.

Jelas Rasyidah lagi pengakuan bersalah bukanlah faktor yang boleh diambil kira oleh pihak mahkamah dalam memberikan ‘diskaun’ atau pengurangan ke atas hukuman.

“Pihak pendakwaan memohon hukuman berbentuk pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga terhadap masyarakat sejagat secara amnya …,” ujar Rasyidah.

Pada 27 September yang lalu Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun serta dua sebatan ke atas pendakwah selebriti berkenaan terhadap dua pertuduhan iaitu melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Amang Seksual: PU Azman Dipenjara 24 Tahun & 2 Sebatan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.