fbpx
Now Reading
Tular Guna Peralatan & Promosi Agenda Berunsur Komunis, Polis Tahan Pengurus Restoran

Tular Guna Peralatan & Promosi Agenda Berunsur Komunis, Polis Tahan Pengurus Restoran

Menurut Ketua Polis Negara, video tersebut menunjukkan premis berkenaan menggunakan pinggan, mangkuk, teko, gelas dan cawan yang mengandungi cetakan imej dan slogan komunisme pada setiap peralatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di platform penstriman video YouTube sebuah restoran di Klang, Selangor didakwa mempromosikan budaya komunisme.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai @luiswong90, dia memaklumkan seorang pengikut akaunnya telah menghantar e-mel mengenai restoran berkenaan.

Peka dengan keadaan tersebut, pengguna itu telah pergi ke restoran berkenaan bagi melihat sendiri dakwaan yang dibuat oleh pengikutnya itu.

Ternyata apa yang didakwa oleh pengikutnya adalah benar apabila dia mendapati restoran berkenaan menggunakan peralatan yang mempunyai tulisan serta slogan komunisme.

Risau dengan keadaan itu, pengguna berkenaan meminta agar orang ramai memaklumkan kepada pihak berkaitan atau menularkan videonya memandangkan laporan telah dibuat namun tiada tindakan dari pihak berkuasa.

Polis Tahan Pengurus Restoran, Bantu Siasatan Penggunaan Peralatan Makanan Berunsurkan Komunis

Terbaharu, polis telah menahan pengurus restoran barbeku di Klang, Selangor semalam (5 Disember) bagi membantu siasatan selepas tular video peralatan makanan di premis tersebut yang berunsur dan mempromosikan agenda komunis.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu yang menyedari video tersebut pada jam 8.30 malam.

Jelas Razarudin, video tersebut menunjukkan premis berkenaan menggunakan pinggan, mangkuk, teko, gelas dan cawan yang mengandungi cetakan imej dan slogan komunisme pada setiap peralatan.

Ekoran daripada itu, polis telah menjalankan pemeriksaan lanjut di restoran berkenaan dan Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan turut menahan pengurus restoran yang berusia 20 tahun.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu sudah bekerja di premis terbabit sejak Oktober tahun lalu dengan gaji sebanyak RM4,500 sebulan.

“Suspek mengaku barang-barang berkenaan dibeli oleh rakan pemilik restoran yang tinggal di China dan dihantar ke negara ini untuk digunakan di restoran,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Polis Rampas Mangkuk & Cawan Seramik

Tambah Razarudin lagi, pihaknya turut merampas lima mangkuk seramik bersaiz kecil yang mengandungi tulisan bahasa Cina dan gambar disyaki wajah Presiden Komunis China, Mao Zedong serta rakan-rakannya.

Turut dirampas satu cawan kaca teh seramik tertera tulisan cina dan imej beberapa individu selain tiga sudu sup seramik yang mengandungi gambar disyaki Mao Zedong serta tiga resit perniagaan bertarikh semalam.

“Suspek direman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

“Semakan lesen dan pemilik premis akan dibuat kepada pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) manakala semakan ke atas pemilik akaun YouTube akan dilaksana pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM),” jelasnya.

Jelas Razarudin lagi, video berdurasi satu minit 24 saat itu telah dimuat naik sejak 10 hari lalu dengan mendpat 3,800 tontonan, 94 likes dan 25 komen.

Baca Artikel Berkaitan: MCA Cadang Saman Pihak Yang Guna Gambar Askar China Dalam Poster Pertandingan Bulan Kebangsaan

Baca Artikel Berkaitan: Penganjur Mohon Maaf Selepas Tular Video Individu Berarak Bawa Bendera Negara China Di Teluk Intan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.