fbpx
Now Reading
UNESCO Iktiraf Budaya Sarapan Pagi Di Malaysia

UNESCO Iktiraf Budaya Sarapan Pagi Di Malaysia

Budaya Sarapan di Malaysia berjaya memenuhi semua kriteria yang digariskan oleh 2023 Convention for the Safeguarding of the Intagible Cultural Heritage, UNESCO.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan Malaysia adalah sebuah negara yang penuh dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang menjadi kegemaran masyarakat tempatan mahupun antarabangsa.

Antara menu popular di negara ini adalah Nasi Lemak, Nasi Kandar, Roti Canai, Lontong, Cendol dan sebagainya.

Menu ini sememangnya mendapat sambutan hangat di mana-mana sahaja. Jadi tidak hairanlah sekiranya ada banyak gerai yang menjual menu sama di kawasan berhampiran.

Baca Artikel Berkaitan: 11 Makanan ‘Underrated’ Di Malaysia Yang Anda Patut Cuba Selain Nasi Lemak

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Nombor 5 Destinasi ‘Syurga Makanan’ Paling Popular Di Asia


UNESCO Iktiraf Budaya Sarapan Pagi Malaysia Di Peringkat Antarabangsa

Hidangan pada waktu pagi di Malaysia kini telah melangkah ke peringkat seterusnya selepas budaya sarapan pagi di Malaysia telah tersenarai dalam Warisan Budaya Tak Ketara Kemanusiaan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSECO).

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi satu kenyataan dimuat naik di laman Facebook memaklumkan perkara itu diumumkan ketika sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara di Asuncion, Paraguay yang berlangsung pada 2 hingga 7 Disember 2024.

Badan Penilai (Evaluation Body) telah memutuskan Budaya Sarapan di Malaysia berjaya memenuhi semua kriteria yang digariskan oleh 2023 Convention for the Safeguarding of the Intagible Cultural Heritage, UNESCO.

Sumber: Resepi Che Nom

Jelas MOTAC lagi, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mengemukakan dokumen pencalonan tersebut kepada pihak sekretariat UNESCO pada 30 Mac 2023 yang lalu.

Sebagai info, ia merupakan pencalonan pertama melibatkan makanan dan gastronomi Malaysia.

“Budaya Sarapan di Malaysia mencerminkan kepelbagaian budaya, keharmonian, penglibatan dan penerimaan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dan merupakan elemen warisan kebudayaan tidak ketara yang selari dengan kriteria UNESCO, sekaligus member impak dalam hubungan sosial masyarakat seta mencerminkan kekuatan dalaman Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum,” MOTAC dalam kenyataan mereka.

Sumber : Freepik

Pengiktirafan ini juga membuktikan komitmen MOTAC dalam melindungi warisan kebudayaan tidak ketara, sejajar dengan Teras 3 Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) iaitu memfokus kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya.

Pihak lain yang terlibat bagi menjayakan pengiktirafan ini adalah Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO dan Kementerian Luar Negeri.

Pengiktirafan in juga sekaligus menunjukkan kredibiliti Malaysia ke persada dunia sebagai calon yang selayaknya menduduki Kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO bagi tahun.


Nasi Lemak Dicalonkan Oleh UNESCO Sebagai Makanan Warisan Dunia

Pada Mac lalu, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah mencalonkan hidangan nasi lemak sebagai Warisan Dunia.

Pencapaian menu ini yang telah tersenarai dalam calon pengiktiraan di peringkat antarabangsa adalah satu perkara yang cukup bermakna buat Malaysia.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing juga menyifatkan ia adalah pencapaian yang membanggakan dan menganggap tahun ini sebagai ‘Tahun Warisan’.

“Pencalonan Budaya Sarapan Pagi Malaysia, termasuk nasi lemak juga satu usaha kementerian untuk memastikan hidangan tradisional rakyat diiktiraf sebagai Makanan Warisan Kebangsaan Malaysia dan tidak akan dituntut oleh negara lain,” kata Tiong King Sing.

Selain itu pada Mac lalu, Pencak Silat atau Silat Melayu juga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) sebagai hak milik Malaysia dan Indonesia.

Baca Artikel Berkaitan: UNESCO Calonkan Nasi Lemak Sebagai Makanan Warisan Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Penulis Australia Pilih Nasi Lemak Sebagai Hidangan Untuk Bersarapan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.