Muat Naik Hantaran Berunsur Kritikan Kepada Menteri Pendidikan, Pegawai JAIPk Dikenakan Tindakan Tatatertib
Sebaik sahaja pertemuan dibuat, pegawai JAIPk berkenaan telahpun membuat permohonan maaf menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook bekas Exco Perak pada Rabu (4 Disember) lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui sepanjang November hingga Disember, Malaysia sedang mengalami Monsun Timur Laut hingga menyebabkan kebanyakan negeri di Malaysia khususnya di Pantai Timur dilanda banjir.
Bukan itu sahaja, pada ketika ini juga sedang berlangsungnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kesemua negeri termasuklah yang terjejas akibat bencana tersebut.
Isu pelaksanaan peperiksaan SPM pada waktu sebegini sememangnya mendapat perhatian ramai pihak yang prihatin dengan nasib pelajar.
Namun, ada juga yang dilihat melampaui batas dengan mengkritik Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menggunakan bahasa yang agak kasar dan keterlaluan.
Pegawai Jabatan Agama Islam Perak Dikenakan Tindakan Tatatertib
Gara-gara mengkritik Menteri Pendidikan berhubung pelaksanaan peperiksaan SPM, seorang pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah dikenakan tindakan tatatertib.
JAIPk menerusi satu kenyataan di Facebook mereka menjelaskan pihaknya amat kesal dengan kenyataan yang dimuat naik oleh pegawai itu di media sosial miliknya berhubung Menteri Pendidikan dan peperiksaan SPM.
“Pihak jabatan akan mengambil tindakan yang tegas selaras dengan Peraturan 19(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 supaya ianya menjadi pengajaran kepada penjawat awam yang lain dan lebih beretika dalam mengendalikan laman sosial.
“Pihak jabatan memohon maaf kepada semua pihak berhubung isu ini dan akan mengambil langkah tegas untuk memastikan perkara sama tidak berulang lagi,” jelasnya.
Hantaran Merupakan Pendapat Peribadi Pegawai, Tidak Mewakili JAIPk
Pada masa yang sama, JAIPk turut menjelaskan hantaran yang dibuat oleh pegawai tersebut melambangkan pandangan individu terbabit dan bukanlah mewakili jabatan berkenaan.
Kenyataan Media Jabatan Agama Islam Perak. Jabatan ini memohon ampun dan maaf kepada semua pihak berhubung dengan isu ini. Semoga ianya menjadi pengajaran dan tidak berulang lagi.
Posted by Jabatan Agama Islam Perak on Friday 6 December 2024
Terdahulu, hantaran pegawai JAIPk itu didedahkan oleh bekas Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang mempersoalkan kenyataan pegawai terbabit.
Malah, Hasnul yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serongturut menyuarakan hasrat mahu berjumpa dengan pegawai berkenaan bagi mendapatkan penjelasan daripadanya.
Pegawai Telah Mohon Maaf & Beri Penjelasan
Sebaik sahaja pertemuan dibuat, pegawai berkenaan telahpun membuat permohonan maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kenyataannya melalui satu video yang dimuat naik melalui Facebook Hasnul pada Rabu (4 Disember) lalu.
Melalui video permohonan maaf tersebut, pegawai berkenaan turut memberi penjelasan mengenai penggunaan Melayu B*ngs*t dalam hantaran yang dimuat naik olehnya.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Pukul Pemandu e-Hailing OKU: Polis Jelas Pengawal Pengiring Telah Dikenakan Tindakan Tatatertib
Baca Artikel Berkaitan: Long Tiger Lolos : 4 Anggota Polis Ditahan Kerja, 3 Pegawai Termasuk OCPD Berdepan Tindakan Tatatertib