fbpx
Now Reading
67,628 Anak Tidak Sah Taraf Direkodkan Dalam Tempoh 5 Tahun – Timbalan Menteri KDN

67,628 Anak Tidak Sah Taraf Direkodkan Dalam Tempoh 5 Tahun – Timbalan Menteri KDN

Timbalan Menteri KDN, Shamsul Anuar Nasarah berkata, pendaftaran kelahiran tanpa maklumat bapa mencatatkan sejumlah 66,318 bagi warganegara dan 13,159 bagi bukan warganegara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu hamil luar nikah bukan lagi sesuatu yang asing di Malaysia, hampir setiap tahun pasti akan kedengaran kes seperti wanita belum berkahwin hamil, kes pembuangan dan pembunuhan bayi yang kebanyakannya mempunyai hubung kait dengan isu ini.

Antara punca yang menyebabkan kehamilan luar nikah adalah disebabkan oleh hubungan seks sebelum berkahwin, sumbang mahram, rogol dan penderaan seksual.

Namun, kini antara penyebab utama yang mendorong kepada gaya hidup sebegitu adalah disebabkan oleh kemajuan teknologi seperti kemudahan akses internet.

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Umur 9 Tahun Paling Muda Terlibat Dengan Kes Hamil Luar Nikah, Jadi Mangsa Abang Kandung

67,628 anak tidak sah taraf bagi warganegara direkodkan dalam tempoh 5 tahun

Terbaharu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan seramai 67,628 anak tidak sah taraf dengan catatan Seksyen 13 bagi warganegara direkodkan dalam tempoh lima tahun dari 2020 hingga 31 Oktober 2024.

Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, manakala sebanyak 49, 137 pendaftaran bagi bukan warganegara pula.

Menurutnya, pendaftaran kelahiran tanpa maklumat bapa mencatatkan sejumlah 66,318 bagi warganegara dan 13,159 bagi bukan warganegara.

“Secara keseluruhan, jumlah pendaftaran bagi warganegara adalah 133,946, manakala bagi bukan warganegara pula ialah 62,296.

“Bagi pendaftaran kelahiran Anak Tak Sah Taraf (ATST), JPN tidak menyimpan rekod kategori sijil kelahiran dengan catatan ATST dan catatan ATST tidak akan dicetak pada mana-mana ruangan dalam sijil kelahiran yang dikeluarkan,” katanya dipetik Kosmo.

Status kewarganegaraan anak bergantung pada ibu kandung

Menurutnya lagi, status kewarganegaraan kanak-kanak ini merujuk kepada taraf kewarganegaraan ibu kandungnya.

“Kanak-kanak dalam kategori ini yang ingin memohon untuk menjadi warganegara Malaysia boleh membuat permohonan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, iaitu pendaftaran kewarganegaraan kanak-kanak di bawah umur 21 tahun ke bawah dan dalam keadaan khas sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut perundangan yang berkuatkuasa,” katanya.

Jelasnya, dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara, sebanyak 6,705 permohonan di bawah perkara 15 telah diterima bagi kanak-kanak yang berada dalam kategori ini sepanjang tempoh 2010 hingga 2024.

Shamsul berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Mohd. Hasbie Muda yang ingin tahun berapakah jumlah anak tidak sah taraf di negara ini ketika ini dan berapa jumlah daripadanya yang tidak memperoleh taraf kewarganegaraan.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.