fbpx
Now Reading
Bayi 6 Bulan Maut, Dipercayai Lemas Dalam Selimut Ketika Di Rumah Pengasuh

Bayi 6 Bulan Maut, Dipercayai Lemas Dalam Selimut Ketika Di Rumah Pengasuh

Menurut Nazrul Nizam, dia dihubungi oleh isterinya Ainol Izzah yang menangis teresak-esak memaklumkan mengenai kondisi bayi mereka, Harraz Noah kira-kira jam 11.40 pagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (9 Disember), media melaporkan seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia selepas dihantar ke rumah pengasuhnya yang terletak di Merlimau, Jasin, Melaka pagi semalam.

Bayi lelaki yang dikenali sebagai Harraz Noah Nazrul Nizam ditemui dalam keadaan terlentang dengan mukanya tertutup dengan selimut kira-kira jam 11.30 pagi oleh pengasuhnya yang berusia 27 tahun.

Isteri Telefon Dalam Keadaan Menangis Teresak-Esak

Menurut bapa Harraz yang dikenali sebagai Nazrul Nizam Mohd Tahar, dia dihubungi oleh isterinya Ainol Izzah Raslan yang menangis teresak-esak memaklumkan insiden itu kira-kira jam 11.40 pagi.

Jelas Nazrul Nizam, pengasuh wanita terbabit menghubungi isterinya dan memaklumkan anak lelakinya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Ibu saya yang lebih dekat dengan rumah pengasuh tiba beberapa minit kemudian dan melihat bibir Harraz sudah biru.

“Serentak itu pengasuh mendakwa muka anak saya tertutup dengan selimut ketika dia sedang sibuk melakukan tugas lain di rumah berkenaan.

“Ibu saya kemudian membawa Harraz ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum dirujuk ke Hospital Melaka. Doktor kemudian memaklumkan anak saya sudah tiada,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

Tidak Salahkan Pengasuh, Kenal Dari Media Sosial

Tambah Nazrul Nizam lagi, dia tidak menyalahkan pengasuh berkenaan memandangkan wanita itu telahpun menjaga anaknya dengan baik sejak empat bulan lalu.

“Saya kenal pengasuh itu pun melalui media sosial dan dia sendiri pun mengaku ada pengalaman menjaga bayi sebelum ini tapi ternyata Allah lebih menyayangi anak saya,” katanya.

Jenazah bayi berkenaan masih menunggu untuk proses bedah siasat sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Merlimau, pada hari ini (10 Disember).

Kes Masih Dalam Siasatan, Tiada Penahanan Dibuat

Memetik Kosmo, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi memaklumkan kes berkenaan masih dalam siasatan oleh pegawai penyiasat.

Malah, pihaknya akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut berhubung kejadian itu. Difahamkan, tiada penahanan dibuat terhadap pengasuh terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: Baru Hari Pertama Dihantar, Bayi 6 Bulan Cedera Didakwa Digigit Anak Pengasuh

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Keretakan Dalam Kepala” – Bayi Perempuan Maut Selepas Dihantar Ke Rumah Pengasuh

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.