fbpx
Now Reading
Lelaki Buat Onar & Drift Selepas Ditegur Merokok Di Stesen Minyak Sudah Ditahan

Lelaki Buat Onar & Drift Selepas Ditegur Merokok Di Stesen Minyak Sudah Ditahan

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, lelaki berkenaan yang turut mempunyai 34 rekod jenayah lampau ditahan di Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor kira-kira jam 2 petang semalam (11 Disember).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Isnin (12 Disember) lalu, tular di media sosial video yang menunjukkan seorang lelaki memandu secara melulu dan membuat aksi berbahaya berhampiran sebuah stesen minyak.

Lelaki yang juga pemandu sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna kuning itu dipercayai bertindak sedemikian gara-gara berang selepas ditegur kerana merokok oleh salah seorang individu yang turut berada disitu.

Melalui video yang tular itu, dia dilihat berjalan sambil merokok sebelum ditegur oleh pemilik dashcam.

Malah, turut kedengaran dia memprovok individu terbabit selepas dilihat tidak berpuas hati kerana menegur dirinya.

Aksi dan sikap lelaki berkenaan nyata mendapat perhatian hingga ramai yang berang dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perbuatan tidak bertanggungjawabnya itu.

Hisap rokok di stesen minyak, bila ditegur cakap saman la. Siap rem² enjin, dah keluar dia drift pulak. #hanat!! Nnti…

Posted by Amar Yusoff on Tuesday 10 December 2024

Lelaki Miliki 34 Jenayah Lampau & Positif Ganja

Terbaharu, polis telah menahan lelaki berkenaan yang berusia 35 tahun selepas disyaki memandu secara merbahaya di kawasan stesen minyak yang terletak di Damansara Damai pada Isnin (12 Disember) lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly, lelaki berkenaan yang turut mempunyai 34 rekod jenayah lampau ditahan di Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor kira-kira jam 2 petang semalam (11 Disember).

“Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif ganja dan kita telah membuka satu lagi kertas siasatan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek akan direman pada di Mahkamah Petaling Jaya pagi esok (Khamis) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kertas Siasatan Dibuka Di Bawah Seksyen 42 Akta Pengan

M Hussin menerusi satu kenyataan sebelum itu melaporkan bahawa pihaknya telah mengesan satu video tular memaparkan insiden berkenaan pada jam 8 pagi semalam.

Susulan itu, satu kertas siasatan berhubung video tular berkenaan telah dibuka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak mellebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan lesen selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun,” katanya.

Mohon Saksi Kejadian Tampil Salurkan Maklumat

Malah, M Hussin turut meminta orang ramai yang menjadi saksi kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat dan membantu siasatan dengan hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Tidak hanya itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan tindakan yang akan membahayakan nyawa, merosakkan harta benda atau keselamatan orang lain.

𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟏𝟏 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐀𝐁𝐔) – 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐔𝐏𝐓. 𝐌. 𝐇𝐔𝐒𝐒𝐈𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐋𝐄𝐇𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐙𝐎𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐘 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒…

Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Tuesday 10 December 2024

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dikecam Kerana Hisap Rokok Ketika Isi Minyak Bas [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Bas Selamba Hisap Rokok Masa Isi Minyak, Pemilik Stesen Tampil Buat Aduan KPDN

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.