Isu Bendera Malaysia Terbalik Pada Jersi Lee Zii Jia, Penganalisis Sukan Sifatkan Ia Satu Kesilapan Sangat Berat
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan pihaknya akan merangka satu kod baharu melibatkan etika pemakaian atlet termasuklah pengggunaan bendera Malaysia pada pakaian mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada Rabu (11 Disember) lalu, kecoh di media sosial mengenai keadaan bendera Malaysia pada jersi pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia (LZJ) dalam Perlawanan Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF).
Melalui hantaran yang tular, bendera Malaysia dilihat dipasang dalam keadaan terbalik pada hari perlawanan tersebut hingga menarik perhatian ramai.
Walau bagaimanapun, penaja Lee Zii Jia, Victor dalam satu kenyataan rasmi telah tampil memohon maaf dan kesal berhubung isu berkenaan.
Jelasnya, kesilapan itu akan dipandang serius dan akan menjalankan siasatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Bendera Malaysia Pada Jersi Lee Zii Jia Terbalik, Victor Tampil Mohon Maaf
Isu Bendera Malaysia Terbalik, Penganalisis Sukan Sifatkan Ia Satu Kesilapan Sangat Berat
Walau bagaimanapun, penganalisis sukan Zakaria Ibrahim menyifatkan kontroversi mengenai pemasangan bendera Malaysia pada jersi Lee Zii Jia ketika di China itu sebagai satu kesilapan sangat berat.
Ini kerana menurut Zakaria, isu tersebut melibatkan sentiment rakyat negara ini. Malah, dia juga berpendapat pihak penaja dan Team LZJ wajar diberikan amaran keras berhubung isu berkenaan.
“Saya tidak pasti ia sengaja atau tidak, namun ini kesilapan profesional yang sangat berat kerana libatkan sentimen rakyat negara ini.
“Walaupun Victor adalah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Taiwan, namun mereka difahamkan mempunyai syarikat pengendali produk di Subang Jaya. Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
“Pun begitu, Team LZJ juga perlu bertanggungjawab atas kesilapan ini dan atas kegagalan memeriksa serta menyemak sebelum membawanya ke Hangzhou,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Turut Persoal Pihak Mana Yang Patut Bertindak Mengenai Isu Bendera Terbalik
Pada masa yang sama, Zakaria turut mempersoal pihak yang mana patut bertindak berhubung kontroversi terbabit yang berlaku di luar negara.
“Kuasa siapa yang patut bertindak? Melainkan ada laporan polis. Mungkin polis boleh siasat jika kilang yang membuat baju itu di Malaysia. Itu kena disiasat dan dipastikan,” katanya lagi.
KBS Akan Rangka Kod Baharu Etika Pemakaian Atlet
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan pihaknya akan merangka satu kod baharu melibatkan etika pemakaian atlet termasuklah pengggunaan bendera Malaysia pada pakaian mereka.
Ia bagi mengelakkan insiden sama berkaitan kesalahan penggunaan Jalur Gemilang daripada berulang.
Jelas Hannah, dia akan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) melihat langkah yang boleh diambil termasuk menentukan tindakan untuk kesalahan terbabit.
“Setakat ini kita tidak ada kod atau tatatertib yang kita boleh pakai berkenaan isu itu.
“Saya akan minta MSN lihat apa yang kita boleh dilakukan untuk pastikan perkara ini tidak berlaku lagi,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.
Gesa Atlet & Pihak Pengurusan Pasukan Sentiasa Peka
Hannah turut menggesa agar setiap atlet dan pihak pengurusan pasukan sentiasa peka kerana bagi beliau isu yang melibatkan Jalur Gemilang tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia melambangkan maruah negara.
“Saya nak minta semua atlet dan juga pengurus setiap pasukan itu termasuklah yang bergerak sendiri atau pasukan kebangsaan pastikan cek betul-betul jersi dan pastikan semua teratur sebelum mereka keluar ke gelanggang.
“Ini kerana bila mereka beraksi di atas gelanggang ia akan disiarkan kepada penonton dalam dan luar negara,” katanya.
Sekadar info, insiden berkenaan berlaku ketika Lee Zii Jia beraksi di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 menentang pemain dari Taiwan, Chou Tien Chen.
Jersi yang dipakai oleh Lee Zii Jia pula tidak dibekal oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana statusnya sebagai pemain profesional.
Baca Artikel Berkaitan: