fbpx
Now Reading
Kes Seleweng 1MDB: ‘Jawablah Di Hadapan Tuhan Di Akhirat Nanti’ – Najib

Kes Seleweng 1MDB: ‘Jawablah Di Hadapan Tuhan Di Akhirat Nanti’ – Najib

Menurut Najib, dia tidak mengetahui atau terlibat dalam kesalahan tersebut dan penyelewengan di 1MDB hanya dilakukan oleh Jho Low dan anggota pengurusan dana kekayaan negara Malaysia itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengingatkan penuduhnya bahawa mereka perlu menjawab di hadapan Tuhan pada hari akhirat.

Beliau memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (13 Disember) bahawa inilah nasib pihak yang menuduh beliau terlibat dalam kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram bernilai RM2.27 bilion.

Tindakan bermotifkan politik, dakwa Najib

Najib mendakwa bahawa tindakan yang dilakukan terhadap dirinya itu adalah bermotifkan politik.

“Pesaing saya dan mereka yang melakukan ketidakadilan terhadap saya mungkin dapat meyakinkan dunia dan berasa bangga dengan kemenangan sementara mereka, tetapi mereka tidak dapat menipu Yang Maha Kuasa, yang melihat segala-galanya.

“Pada Hari Akhirat, mereka akan dipertanggungjawabkan atas pembohongan, pengkhianatan, dan pelanggaran terhadap keadilan dan undang-undang.

“Tidak dapat dinafikan dalam kepercayaan saya bahawa pemerintah dan mereka yang berkuasa, pemerintah negara dan hakim-hakim, akan ‘dihisab’ (diadili) dan disoal terlebih dahulu (pada Hari Akhirat).

“Namun, saya percaya bahawa keutamaan ini bukan disebabkan oleh kedudukan atau keturunan mereka, tetapi kerana setiap manusia adalah sama di hadapan Tuhan,” kata Najib kepada hakim perbicaraan, Collin Lawrence Sequerah dipetik MalaysiaKini.

Najib dakwa tak tahu atau terlibat dengan penyelewengan 1MDB

Menurut Najib, dia tidak mengetahui atau terlibat dalam kesalahan tersebut dan penyelewengan di 1MDB hanya dilakukan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) dan anggota pengurusan dana kekayaan negara Malaysia itu.

Dalam pada itu, beliau turut menyenaraikan beberapa penuduh yang didakwa menyebarkan pembohongan terhadapnya, antaranya beberapa saksi utama yang memberi keterangan menentangnya.

Antara individu tersebut adalah:

  1. Bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Mohd Hazem Abdul Rahman
  2. Bekas Ketua Pegawai Kewangan Najib, Azmi Tahir
  3. Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo
  4. Bekas pengerusi, Mohd Bakke Salleh
  5. Bekas pengarah, Ismee Ismail
  6. Bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aktar Aziz
  7. Bekas Menteri Kewangan II, Ahmad Husni Hanadzlah
  8. Bekas Timbalan Setiausaha Agung Kementerian Kewangan, Siti Zauyah Mohd Desa

Menurutnya lagi, kesemua individu itu telah mengubah fakta dengan pembohongan dan cerita untuk kebebasan mereka sendiri serta bagi menutup kelemahan serta kesilapan mereka.

“Namun, mereka hidup bebas tanpa sebarang tindakan undang-undang atau rasa penyesalan, malah kesalahan dan ketidakcekapan mereka diabaikan,” kata Najib.

Baca Artikel Berkaitan: Najib Diarah Bela Diri Untuk 25 Pertuduhan ‘Money Laundering’ & Seleweng RM2.3 Bilion Dana 1MDB

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.