fbpx
Now Reading
Bayaran Haji Bagi Golongan B40 & M40 Naik 20% Tahun Depan

Bayaran Haji Bagi Golongan B40 & M40 Naik 20% Tahun Depan

Kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan T20 yang kali pertama pula kekal RM33,300 pada 2015 iaitu bersamaan kos haji bagi seorang muassasah yang ditetapkan pada 2024.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai umat Islam, kita pasti mempunyai keinginan untuk menunaikan rukan Islam kelima iaitu ibadah Haji. Namun kekangan wang merupakan antara penghalang untuk kita memenuhi hajat tersebut.

Bagi golongan-golongan yang berkemampuan, menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci merupakan perkara yang wajib dilakukan.

Mereka yang tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi pula tidaklah diwajibkan untuk menunaikan ibadah itu dahulu sehingga berkemampuan kelak.

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Tak Benarkan Pencarum Keluarkan Wang Dari Akaun Persaraan Untuk Ibadah Haji

Bayaran haji 2025 naik 20% bagi golongan B40 dan M40

Terbaharu, Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bayaran haji bagi musim 1446H/2025M naik 20% bagi jemaah haji muassasah golongan B40 dan M40.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, kenaikan itu susulan peningkatan kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci.

Menurutnya, bagi tahun 2025, kadar bayaran bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 yang menunaikan ibadah itu buat kali pertama ditetapkan pada RM15,000 berbanding RM12,356 seorang tahun 2024.

“Kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu tahun depan pula ditetapkan RM23,500 berbanding RM19,152 seorang tahun ini,” katanya dipetik Kosmo.

Bayaran haji kumpulan T20 kekal RM33,000

Menurutnya lagi, kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan T20 yang kali pertama kekal RM33,300 pada 2015 iaitu bersamaan kos haji bagi seorang muassasah yang ditetapkan pada 2024.

Kata Syed Hamadah, pihaknya telah dapat mengekang peningkatan kos bagi musim haji 1446H/2025M di mana kos haji masih kekal pada RM33,300 bagi seorang jemaah muassasah.

TH ambil pelbagai langkah untuk kekang kenaikan kos

Jelasnya, TH mengambil pelbagai langkah perlu termasuk mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan untuk mengekang kenaikan kos.

“Bagi mengawal kos, TH berusaha mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan meskipun dalam keadaan harga minyak meningkat,” katanya.

Berkongsi lanjut, beliau berkata kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci merangkumi 87% dari kos keseluruhan dengan ia adalah di luar kawalan TH.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.